Anda peminat barangan kulit? Tak kiralah sama ada beg, tali pinggang atau dompet. Cikla rasa semua orang sukakan barangan kulit sebab ia lebih tahan lama. Rasanya tidak ada ruginya kalau kita berbelanja lebih untuk sesuatu benda yang menjimatkan dan boleh dipakai lama. Betul? Bayangkan kita beli beg kulit tu 5 tahun yang lalu, tapi masih lagi tahan malah cantik lagi sampai sekarang. Memang sangat menjimatkan.
Korang pernah dengar tak jenama barangan kulit yang terbaik iaitu jenama FOSSIL? Memang tak dinafikan jenama FOSSIL ini merupakan jenama yang menjadi kesukaaan ramai sepanjang zaman disebabkan sifatnya yang unik dan klasik. Walaupun jenama ni 'agak mahal', tapi bagi cikla kalau kita berbelanja lebih untuk sesuatu yang kita boleh guna dalam tempoh yang lama, berbaloi jugakkan. Confirm, korang tak kan menyesal bila beli FOSSIL ni.
"Kat mana saya boleh dapatkan jenama FOSSIL ni ye?"
Jangan risau, korang tak perlu berpeluh-peluh nak walk in ke butik or kedai kedai untuk mendapatkannya. Dengan kecanggihan teknologi sekarang, kita dah boleh membeli jenama ni secara online di FOSSIL MALAYSIA. Lepas ni dah tak perlu nak pening mana nak cari jenama ni. Hanya di hujung jari, semua yang menjadi dambaan dan kegemaran, korang boleh perolehi dengan mudah. Klik klik. Apa kata jom kita tengok ada apa dengan FOSSIL ni. Jom jom.
(1) FOSSIL Leather Bags.
Tak kira lelaki atau wanita, korang kena ada satu beg ni. Bagi wanita, beg kulit ini sungguh bergaya dan korang patut memilikinya dan menjadi sebahagian dari aksesori yang ada dalam wardrobe korang. Beg ni sungguh fleksibel dan besar sebab kita boleh letakkan semuanya barangan peribadi hanya dalam satu beg. Lipstik, bedak, tisu, wallet, dan macam macam lagi.
Selain itu, ia juga boleh dijadikan beg sandaran yang memudahkan kita bergerak. Just put all in one bag, and go! Untuk lelaki pulak, janganlah risau sebab beg untuk awak pun ada juga. Beg ini juga sesuai dijadikan hadiah untuk kekasih hati korang. Mesti tersenyum lebar, berbunga bunga je hati cinta hati korang bila menerima beg ni. Tak percaya? Cubalah. Bertambah-tambahlah sayangnya pada korang. Hihi.
(2) FOSSIL Watches.
Kalau korang peminat jam tangan pulak, jangan risau jenama FOSSIL pun ada. Ia merupakan jam yang klasik dan sesuai tak kiralah untuk lelaki atau wanita. Kalau korang nak tau, FOSSIL watches ni dihasilkan dengan kualiti dan hasil craftmanship yang sangat baik.
Tak rugi kot kalau kita milikinya satu sebab ia boleh di jadikan sebagai pelengkap gaya seseorang supaya kelihatan lebih menarik dan bergaya. Jangan-jangan pulak lepas ni, jenama jam ni akan menjadi salah satu barangan kesayangan korang pulak.
(3) FOSSIL Wallets and Sunglasses.
Orang cakap gandingan dompet dan cermin mata hitam memang tak boleh dipisahkan. Betul? Bagi peminat dompet dan cermin mata hitam, FOSSIL memang tak pernah menghampakan korang. Cermin mata hitamnya dihasilkan klasik seperti aviator dan wayfarer.
Selain itu, dompetnya pula sangat baik untuk diletakkan semua barang peribadi korang termasuklah myKad, kad ATM, duit dan sebagainya. Apa yang penting, ia dibuat daripada kulit dan tahan lama. Jimat dan menjimatkan.
Jadi, yang mana satukah menjadi kegemaran dan pilihan korang? Korang mesti memiliki salah satu dari barangan ini. Apa lagi, jadikan ia sebahagian dari senarai wishlist korang. Lets shopping!
Masa nikah dulu hantaran untuk suami pin jam fossil 😍 sampai sekarang tahan
ReplyDelete⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔
Nak jam tu.. Suka jam tp x suka pakai.. Hihihi
ReplyDeletenk pkai fossil tp mahaiiii cik la. blom mmpu lg stakat ni. kne tgu sales.
ReplyDeleteNice design of watches its looking style and cool. Thank you for posting. https://www.couponkoz.my/
ReplyDelete