Ahad lepas kami sekeluarga mengadakan majlis akikah dan cukur jambul baby Zara. Baby Zara dah empat bulan pun. Alhamdullillah, majlis berjalan seperti yang dirancang. Cuma kali ni kami tak menjemput ramai. Sekadar saudara mara terdekat dan teman-teman rapat je. Orang cakap, ala kadar dan sederhana je. Meriah jugaklah. Apa kata, jom kita cuci mata sat.
Majlis Akikah dan Cukur Jambul Baby Zara. Selamat datang kepada semua tetamu..... |
Majlis Akikah dan Cukur Jambul Baby Zara. Terima kasih kerana sudi memeriahkan majlis kami.... |
Kedua-dua banner ni suami cikla punya plan lah. Biasanya kita nampak orang pakai banner yang daripada kain kan, tapi yang ni lain sikit. Ala-ala di Medan gitu. Cantik kan?
Memang tetamu yang datang semuanya macam 'hairan' dan terkesima tengok banner ni. Ada jugak yang mengambil gambar, haha. Minat ler tu. *amboi baby Zara, dah macam majlis walimatuurus dah ni. Hihi.
Majlis Akikah dan Cukur Jambul Baby Zara. Geng marhaban beraksi. |
Majlis Akikah dan Cukur Jambul Baby Zara. Sesi pusing tiga kali dulu sebelum baby Zara di gunting rambutnya.... |
Majlis Akikah dan Cukur Jambul Baby Zara. Tengok tu, opah gunting rambut dia nangis pulak. Kepanasan kot.... |
Majlis Akikah dan Cukur Jambul Baby Zara. |
So, majlis kami berakhir kira-kira pukul 5 petang. Biasalah, kalau dah lepas kenduri agenda seterusnya adalah 'mengemas'.
Mujurlah ada anak-anak saudara ku yang rajin-rajin belaka menolong mengemas. Hihi. Dah bercukur macam biasa, kena 'botaklah' ye baby Zara.
Itu je nak cerita.
alololo...dah selesai majlis utk baby Zara ye...tapi mmg ade kelainnan la banner tu!
ReplyDeleteItulah... syukurlah semua dah selesai....
DeleteBanner tu 2,3 kali tengok sebab cantik sangat. Hahahaha jarang nampak orang buat macamtu
ReplyDeleteHehe.... lain dari yang lain katanya...
DeleteMeriahnyaaa.....nampak behave baby zara
ReplyDeleteAwal2 je behave... dah lama lama menjerit... hihi
DeleteSemoga baby Zara membesar dengan sihat =)
ReplyDeleteAmin... Terima kasih...
DeleteWah, grand gituww..😍😍😍
ReplyDeleteFuh, br dpt follow blog ni, hai..hai..
Haha... grand lah sgt.... Tq CN sudi follow blog...
Deletewaaa nangis pulk bby zara ye..
ReplyDeletewahh bestnya... banner tu lawa cik la suke tgk
ReplyDeletenice sharing :)
ReplyDelete