Advertisement

Slot akasia TV3, 7 hari mencintaiku, minggu akhir.

SLOT AKASIA TV3, 7 HARI MENCINTAIKU, MINGGU AKHIR. Wah wah, dah nak habis dah drama meletops ni. Kisah Mia Adriana dan Khusairi dah nak habis. Apalah sudahnya ye. Bersamakah mereka nanti? Jeng jeng, macam suspen lah pulaklah ye. Lepas ni takdelah tengok Mak Leha dengan Pak Samad memetir lagi sampai bergegau kamera. Punyalah kuat dentuman tu, haha! Walaupun kita dah dapat agak kesudahannya *happy ending cikla agak,, tapi apa kata kita baca sikit sinopsis akhir cerita ni. Dah 'viral' kot ni. Hihi! Start dari si trending 'Buntat' meninggalkan dunia.

Slot akasia TV3, 7 hari mencintaiku minggu akhir.

Buntat meninggal dunia sebab dia kena ketuk dengan Khalil. Dia nak selamatkan Mia dari Khalil. Semua orang salahkan Mia (lakonan Siti Saleha) sebab si Buntat meninggal. Lepas tu, ekoran dari kejadian tu Mia menyesal sangat sebab selama ni dia 'jahat' pada Buntat dan suaminya. Si Khusairi (lakonan Syukri Yahaya) pulak, Mak Leha (lakonan Liza Abdullah) suruh kahwin jugak dengan Shakila (lakonan Faye Khusairi) dan setuju pulak si Khusairi tu. *sebab jauh hati dengan Mia kotThen, Mia balik kampung dan kekonon nak pujuk Khusairi maafkan dia dan terima dia balik. Sebenarnya, si Khusairi tu masih sayangkan Mia tapi dia masih tak boleh 'terima' Mia lagi.

So, Mia mintak 7 hari je sebelum Khusairi bernikah dengan Shakila untuk Khusairi sayang dia balik macam dulu dan untuk bersama anak dia, Alisa Ariana. Mak Leha macam biasalah tak setuju Mia duduk kat rumahnya walaupun hanya seminggu. Nasib baik ada Pak Samad (lakonan Aman Graseka) yang backup Mia, dan anggap Mia macam anak sendiri. Disebabkan Khusairi dengan Mia belum bercerai lagi, masa hari nikah diaorang, si Shakila letak ubat tidur dalam air Mia sebab terdesak nak kahwin dengan Khusairi.

Rupanya dia sudah mengandung. Masa akad nikah tu, Helmi (lakonan Syazwan Zulkifli) datang sebab nak bagitau perkara sebenarnya. Lagipun, dia nak tolong Mia sebab Mia dah tolong dia masa dia susah dibuang keluarga sebelum ni. Helmi paksa Shakila mengaku, then dia pun mengakulah. Dengan pengakuan tu, dah tentu tentu dia tak jadi kahwin, Mia dengan Khusairi berbaik semula dan hidup bahagia.

The End!

Kalau korang nak tau betul ke tidak, kenalah tengok cerita ni sampai habis.

Post a Comment

4 Comments

  1. da nk abis ke?? memang x tgk drama ni, ckp je nk tgk sampai skg x tgk2..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... minggu ni last... xpe online ada kan.. anytime boleh tgk sih.. hihi

      Delete