Bila melihat apa yang berlaku di Aleppo, Syria jauh di sudut hati kecil cikla ni memanjatkan syukur kepada Allah sebab Malaysia yang tercinta ni masih aman dan bebas dari peperangan. Tapi, itulah. Siapa aje yang nakkan tanah tempat tumpah darahnya sentiasa bergolak saban hari.

Pendek kata, makan minum entah di mana, tempat tinggal dibom, kebebasan untuk melakukan rutin harian diganggu. Yang menjadi mangsa, siapa? Sudah tentu orang awam yang terdiri dari kanak-kanak, kaum wanita dan orang tua. Sungguh kasihan dan sadis sungguh.

Rententan dengan ini, blogger Hussein Rider telah menganjurkan satu segmen yang cikla rasa semua blogger patut take part untuk menyatakan kebersamaan dan keprihatinan kita terhadap apa yang berlaku di Aleppo sekarang ni.  Kalau korang nak join sama, klik je pada banner di bawah. Segmen berlangsung dari 17/12/2016 hingga 31/12/2016. 

Segmen Pray 4 Aleppo by Husein Rider.

Siapa yang tak tersentuh hati melihat kanak-kanak *terutamanya hilang tempat bergantung dan masa kanak-kanak mereka berlalu begitu aje dan sentiasa diselubungi dengan ketakutan.

Kemusnahan harta benda dan tempat tinggal.

Pergolakan di Aleppo Syria
Sumber Google.

Pergolakan di Aleppo Syria
Sumber Google.

Bak kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya. Ternyata begitu berat dugaan yang terpaksa di hadapi oleh rakyat Syria. Semoga Allah sentiasa melindungi semua saudara kita di sana dan marilah kita sama sama berdoa supaya semuanya ini berakhir dan keamanan akan menjadi milik mereka semula. InshaAllah.

Marilah kita ramai-ramai join segmen ni. 

#pray4Aleppo.