Artis Korea, Bo Gum datang ke Malaysia?

By Cikla Shahril - December 09, 2016

Cikla rasa, peminat artis Korea mesti kenal Bo Gum ni kan? Pelakon drama Love in the Moonlight ni dikhabarkan nak datang ke Malaysia. Wahh, excited lah peminat dia ni kan. 

Mana taknye, kalau sebelum tengok dia ni kat TV je, tapi dah dapat tengok live lagi. Kiranya dia ni pakej baguslah, rupa ada dan berbakat pulak.

Bo Gum dikatakan akan membuat kemunculan pertamanya dalam acara Park Bogum Asia Tour di Kuala Lumpur yang diadakan pada 10 Disember ni, pukul 7.30 malam bertempat di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Artis Korea, Bo Gum datang ke Malaysia, Park Bo Gum, Korea artist, pelakon Korea.
Artis Korea, Bo Gum datang ke Malaysia? Bo Gum, artis Korea popular. Sumber Google.

Tiket boleh diperolehi menerusi web www.ticketcharge.com.my dengan harga RM390, RM490, RM590 dan RM690 (VIP). Selain itu, peminat juga boleh mendapatkan ticket di zon eksklusif di CJ WOW SHOP menerusi web www.cjwowshop.com.my dengan harga RM690 (VIP L2) bersama cenderahati menarik.

So, apa lagi. Peminat peminat Bo Gum yang teringin sangat nak tengok dia secara live bolehlah pergi cepat cepat beli. Oklah, just sharing. Sekian dulu, wassalam.

*dengar dengar Bo Gum dah sampai Malaysia pun kira kira pukul 11 malam malam tdi. 

Sumber Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments