Siapa tengok cerita drama Mr. Donut Karamel kat tv3 tu? Rupanya heroin drama tu, Azira Shafinaz tu pernah berlakon dalam drama Married Tapi Benci. Dalam drama tu, orang cakap dia berlakon kaku, macam kayu. Biasalah kan, baru baru berlakon. Banyak yang dia kena belajar. 

Walaupun cikla ni bukan orang seni, cewaaah tapi boleh jugaklah tengok kalau orang tu boleh berlakon ke tak, hehe. Tapi, kalau cikla pun disuruh berlakon entah apa jadi. Mau jadi batu ladung kot kat depan kamera tu. Keras je, hahaha.

Rupanya kalau korang nak tau, Azira Shafinaz ni penyanyi sebab dia merupakan salah seorang dari ahli group DeFam. Ermm, DeFam ek. Seriously, tak pernah pulak cikla dengar pasal group ni. Tapi, kita ok jugalah dia ni boleh menyanyi dan berlakon jugak.

Berbalik kepada drama Mr. Donut Karamel ni, Azira Shafinaz berlakon sebagai heroin dan memegang watak Anggun Qairah seorang novelis di samping pelakon Hafidz Roshdi. 

Cikla pun jarang-jarang gak tengok drama ni, cuma follow sikit sikit je. Tau jugaklah jalan cerita dia. Oklah, apa kata kita baca sikit profile diri pelakon yang baru meningkat naik ni.

Pelakon, drama, mr donut karamel, azira shafinaz, slot lestary tv3, heroin, penyanyi
Azira Shafinaz, heroin drama Mr. Donut Karamel.. Pelakon Azira Shafinaz. Sumber Google.

Nama sebenar :
Azira Shafinaz Ramlan.
Tarikh lahir : 26 September 1991.
Asal : Kuala Lumpur.
Info menarik mengenainya : Merupakan anak bongsu dari 3 beradik. Dia memang minat menyanyi dari sejak kecil, dan merupakan sepupu kepada isteri pelakon Zed Zaidi. Mula menceburkan dari dalam seni tarian sejak berusia 18 tahun.

Bagi cikla, walaupun kemunculan pelakon baru macam cendawan tumbuh sekarang ni mereka seharusnya pandai bawak diri dan amik peluang memajukan diri dan karier mereka. Jangan pulak nanti mereka dikenali disebabkan oleh kontroversi yang tak elok serta gosip gosip murahan. 

Biarlah diri tu dikenali disebabkan bakat dan kejayaan yang diperolehi. Lagipun retis ni kan public figure. All about mereka mesti orang akan tau jugak.

Sumber Harian Metro!