'Santai Tapi Sampai'

17 December 2016

Rugi tak baca perkongsian ini.

Orang cakap, berkongsilah apa saja ilmu asalkan ia membawa kepada kebaikan. Apa kata jom baca perkongsian menarik di bawah ini. Rugi kalau tak baca.

Dari sebatang pokok, ia dapat menghasilkan jutaan batang mancis. Tapi, hanya dengan satu batang mancis akan dapat membakar jutaan pokok. Jadi, sama jugaklah seperti ini, iaitu satu fikiran yang negatif dapat membakar semua fikiran yang positif.

Sebatang mancis kelihatannya mempunyai kepala, tapi tak mempunyai otak. Jadi, kalau ada gesekan walaupun kecil, mancis akan terus terbakar. Sama juga perumpamaan ini untuk kita. Sedangkan kita mempunyai kepala, dan jugak otak, tapi kadang kala kita 'terbakar' marah hanya sebab 'gesekan' (sebab) yang kecil.

Masa si burung hidup, ia akan memakan ulat. Tapi, bila si burung mati, ulat pulak yang akan makan si burung. Begitu jugak dengan waktu yang mana ia terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan jugak akan terus berlaku. Jangan merendahkan siapa pun dalam hidup, bukan sebab siapa mereka, tapi sebab siapa diri kita.

Kita mungkin berkuasa tapi waktu lebih berkuasa dari kita.

Masa kita sedang berjaya, kita merasa banyak kawan di samping kita. Tapi, cuba tengok masa kita sakit pulak. Kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta. Masa kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang belum lakukan.

Dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang macam tu je. Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat hidup lebih berharga. Kita perlu saling menghargai, saling membantu dan memberi serta saling menyokong.

Believe in "Cause and Effect". Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai kelak.

Sumber WhatsApp Group.

6 comments:

  1. Kata yang banyak hikmah tu. Hari ni kita sia siakan Allah. Akhirat kelak Allah sia siakan kita

    ReplyDelete
  2. Nasin baik baca,
    kalau X, rugi.
    Apa2 pun, pakcik setuju sangat dengan artikel tu.

    ReplyDelete
  3. muhasabah diri. deep plk rasanya. huhu

    ReplyDelete
  4. bila kita berkongsi ilmu, da org lain pula kongsi dan kena kongsi..Ya Allah banyaknya pahala kita dapat... mcm MLM ... nice sharing :) In sha Allah bmanfaat untuk semua

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..tumpang tanya..tuhh buku apa??

    ReplyDelete