Siapa peminat Ayda Jebat? Ayda Jebat merupakan seorang pelakon dan penyanyi yang berbakat besar. Cikla mula mula tengok dia ni berlakon masa drama rating tinggi, Rindu Awak 200% *kalau tak silaplah. 

Lepas dia berlakon drama tu yang namanya terus melonjak naik dan dikenali ramai. 

Then, later dia menyanyi pulak. Lagi popular dia sekarang tak silap cikla 'Pencuri Hati'. Untunglah kan. Sudahlah cantik, berbakat pulak tu. Tahniah ye, rezeki awak malam ni kan. Congratulations!

Jom kita baca profil Ayda Jebat ni sikit. (Sumber SINI)

Nama : Nur Suhada binti Jebat.
Nama komersial : Ayda Jebat.
Tarikh lahir / Asal : 17 Mac 1992 / Melaka.
Pendidikan : Diploma Seni Muzik UiTm.
Kerjaya : Pelakon, penyanyi, model.
Drama popular : Rindu Awak 200%.
Instagram official : instagram/aydajebat
Twitter official : http://twitter.com/Ayda_
Facebook official : http://www.facebook.com/aidaaf9

Rupanya Ayda Jebat ni pernah masuk Akademi Fantasi 9. *baru tau. No wonder lah pandai nyanyi dan suara sedap.

So, keputusan penuh Anugerah Melodi 2016 adalah seperti berikut; (Sumber SINI)
  1. PERSONALITI FILEM MELODI - Zizan Razak.
  2. PERSONALITI MUZIK MELODI - Ayda Jebat.
  3. PERSONALITI DRAMA MELODI - Fattah Amin.
  4. PERSONALITI PENGACARAAN MELODI - Neelofa.
  5. PERSONALITI SUKAN MELODI - Datuk Lee Chong Wei.
  6. PERSONALITI KOMEDI MELODI - Jep (Sepahtu).
  7. PERSONALITI PASANGAN SENSASI MELODI - Akim & Stacy.
  8. PERSONALITI MEDIA SOSIAL MELODI - Ayda Jebat.
  9. PERSONALITI FESYEN MELODI - Nazim Othman.
  10. PERSONALITI SENSASI MELODI - Ayda Jebat.
  11. PERSONALITI LUAR NEGARA MELODI -Afgan (Indonesia).
  12. PERSONALITI DRAMA KOREA PALING BERPENGARUH - Park Bogum.

Wah wah, baru je cikla share cerita pasal si Bo Gum ni datang Malaysia di SINI, dapat award jugak dia ye. 

Oklah, tahniah pada semua pemenang. Walaupun pemilihan pemenang dibuat berdasarkan undian peminat, tapi peminat sekarang pandai menilai kot.

Itu je nak cerita, just sharing.