14 December 2018

Buat kuih apam nasi mudah dan sedap. Lembut je kejadiannya!

Since pak mertua cikla tak berapa sihat dan takde selera nak makan, cikla gigih jugalah nak masakkan something selain dari makanan berat nak suruh dia makan. Emm, mungkin nak juga dia jamah kan, at least takdelah perut kosong. Bertambah-tambah kembungnya nanti.

Sebelum ni cikla try buat apam gandum (nanti cikla share resepinya), alhamdulillah menjadi jugalah. Resepi apam gandum tu resepi mak. Tapi, itulah pak mertua cikla tak nak juga. Kali ni, cikla try buat apam nasi pula. Mungkin dia nak. Jom check bahan-bahannya dulu.

Buat kuih apam nasi mudah dan sedap. Lembut je kejadiannya!
Buat kuih apam nasi mudah dan sedap. Lembut je kejadiannya!

Bahan-bahannya :

2 cawan nasi. 
3 cawan air. 
1 cawan gula (Cikla guna gula aising. Kalau nak guna gula biasa pun boleh. Kalau korang suka manis lebihkan gula. Yang ni kira oklah, yang sedang-sedang je manisnya).
3 cawan tepung beras. 
1 cawan tepung gandum. 
1 peket mauripan (11 gm). 
Pewarna yang disukai. 
Kelapa parut secukupnya.

Caranya :

Kisar nasi bersama air dan gula sehingga halus. Ketepikan. Selepas itu, dalam bekas yang sesuai, ayak tepung beras bersama tepung gandum dan mauripan.

Kemudian, tuangkan bahan yang dikisar ke dalam bekas berisi bahan diayak. Gaul rata bahan-bahan itu. Selepas digaul, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut warna yang korang nak buat. Macam cikla, cikla bahagia kepada 3 iaitu hijau, pink dengan jingga (merah campur kuning). Tambahkan pewarna dalam bekas tersebut dan kacau sampai rata warna dia. 

Selepas itu, perap bahan tersebut kira-kira 1 jam. Lagi lama pun boleh kot, sebab cikla pernah baca ada yang perap sampai 3 jam. Korang tutup bekas berisi adunan tersebut semasa perapan. 

Buat kuih apam nasi mudah dan sedap. Lembut je kejadiannya!
Buat kuih apam nasi mudah dan sedap. Lembut je kejadiannya!

Buat kuih apam nasi mudah dan sedap. Lembut je kejadiannya!
Buat kuih apam nasi mudah dan sedap. Lembut je kejadiannya!

Dah cukup masa perapan, korang tuangkan ke dalam acuan kesukaan korang. Cikla takde acuan yang bentuk cawan tu, yang ada acuan untuk jelly. Ala, belasah ajelah kan. Daripada takde. Hehe.

Tuang adunan tu jangan penuh sangat, agak-agak 3/4 bekas. Untuk buat corek-corek tu, cikla tuangkan lebihan adunan berwarna hijau dalam acuan yang berisi adunan berwarna pink. Itu yang kejadiannya rope itu. Hehe. Actually, ikut kreativiti korang juga. Pandai-pandailah korang nak corak-corakkan.

Dah siap isi, masukkan adunan tersebut dalam kukus dan kukus selama 15-20 minit atau sehingga apam masak. Dah masak, biarkan sejuk sekejap sebelum dikeluarkan dari acuan. Hidangkan bersama kepala parut (kelapa parut tu korang gaul dengan garam sikit).

Inilah kejadiannya, kita kasi close-up sikit.

Buat kuih apam nasi mudah dan sedap. Lembut je kejadiannya!
Buat kuih apam nasi mudah dan sedap. Lembut je kejadiannya!

Buat kuih apam nasi mudah dan sedap. Lembut je kejadiannya!
Buat kuih apam nasi mudah dan sedap. Lembut je kejadiannya!

Buat kuih apam nasi mudah dan sedap. Lembut je kejadiannya!
Buat kuih apam nasi mudah dan sedap. Lembut je kejadiannya!

Nak tau sedap ke tak, kenalah cuba sendiri kan. Silalah cuba. Haha!

Kredit resepi SINI

7 comments:

  1. cantik kejadiannya tu cik la...mesti sedap

    ReplyDelete
  2. Menarik nya warna warni. Selalu mak mertua buat kaler putih. Kak tolong makan aja. Hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Wahhh.. Menarik... Tak pernah buat lagi ni.. Boleh try ni.. Thanks sharing resepi..

    ReplyDelete
  4. Simple je kan, nnt bolehla try, tq resepi

    ReplyDelete
  5. tengok warna pun menarik, mesti sedap ni

    ReplyDelete
  6. Wow menariknya kejadian spam cikla

    ReplyDelete
  7. wahh apam colorful.... ^_^

    ReplyDelete