Ini adalah kisah throwback. Kejadiannya semalam. Al kisahnya, cikla try buat biskut batik lagi setelah percubaan pertama agak tak berjaya. Percubaan pertama, biskut agak lembut. Macam kek tu haa. Sepatutnya, biskut yang terhasil keras, crunchy dan tak lembut. Tapi, sedap juga.

So, disebabkan anak dara cikla pun sibuk suruh ibunya buat lagi, cikla pun buatlah. Pagi tu, gigih jugalah pergi kedai beli bahan-bahannya. Bahan semua dah ada, apa lagi operasi pun bermula. Kalau percubaan pertama cikla terus kacau bahan dalam kuali di atas dapur dengan menggunakan api yang perlahan, kali ni cikla nak try guna blender pulak. Bukan apa, resepi asal guna mixer. Tapi, mixer takde. Dah lama dah almarhum.

Biskut batik percubaan kedua. Tak sia-sia blender berasap. Menjadi juga!

Lepas masukkan bahan dalam blender. Apa lagi, kita putar halim. Haha!

Mula-mula putaran ok aje. Masih boleh berputar. Tapi, dah lama-lama jadi makin perlahan. Last, tetiba blender berasap. Alamak! Kaget sih. Dahlah blender baru beli. Mesti encik suami membebel sebulan kalau tau ni. Adoii. Apa nak buat ni. Adunan pulak tak sebati lagi.

Biskut batik percubaan kedua. Tak sia-sia blender berasap. Menjadi juga!
Biskut batik percubaan kedua. Tak sia-sia blender berasap. Menjadi juga! 

Akhirnya, cikla tuang dalam kuali juga. Kacau sampai sebati. Blender pulak, bagi rehat kejap. Tak taulah dah rosak atau masih boleh digunakan lagi. Step demi step dilakukan dengan sabar. Ececehhh, hehe, akhirnya menjadi juga biskut batik cikla. Disejukkan sekejap, sebab kakak Batrisyia dah tak sabar nak makan, syukur sangat biskutnya menjadi.

Dan yang paling tak sangka, ia sama macam yang adik cikla buat. Sama! Seronok gila.

Biskut batik percubaan kedua. Tak sia-sia blender berasap. Menjadi juga!
Biskut batik percubaan kedua. Tak sia-sia blender berasap. Menjadi juga! 

Biskut batik percubaan kedua. Tak sia-sia blender berasap. Menjadi juga!
Biskut batik percubaan kedua. Tak sia-sia blender berasap. Menjadi juga! 

Tapi, cikla lebih bersyukur sebab blender cikla masih elok dan boleh digunakan. Mungkin 'dia' kepenatan dan stress kot. Haha, dah macam orang pulak.