19 November 2025

Beza coklat putih, coklat hitam dan coklat biasa : Mana satu yang paling sedap?

Kalau sebut pasal coklat, mesti ramai yang terus terbayang rasa manis, lemak dan buat hati tenang je kan? 

Tapi sebenarnya, coklat ni ada macam-macam jenis. Coklat putih, coklat hitam dan coklat biasa atau coklat susu. Nampak sama tapi sebenarnya, bahan dan rasanya sangat berbeza! Jom baca cikla nak share mengenai perbezaan ketiga-tiga coklat ni. 

Beza coklat putih, coklat hitam dan coklat biasa : Mana satu yang paling sedap?

Coklat hitam atau dark chocolate ni biasanya paling pure antara semua. Warna dia lebih gelap, rasanya lebih pahit dan kandungan gulanya pun rendah. 

Sebab coklat hitam dibuat dengan serbuk koko dan mentega koko, tapi tak banyak susu. Lagi tinggi peratusan koko, lagi pekat rasa dia. Ramai yang kata coklat hitam ni sihat sebab mengandungi antioksidan tinggi, boleh bantu kurangkan stres dan bagi tenaga. Tapi, bagi yang tak biasa, rasa pahitnya tu mungkin menyengat.

Lain pulak dengan coklat putih. Warna dia terang sebab langsung tak ada serbuk koko. Yang ada cuma mentega koko, gula dan susu. 

Sebab tu rasanya lebih manis, lembut dan berkrim. Ramai yang suka coklat putih sebab teksturnya halus dan mewah di lidah. 

Tapi dari segi khasiat, coklat putih ni taklah se power coklat hitam sebab takde kandungan koko sebenar. Kiranya, coklat putih ni lebih kepada pencuci mulut manis yang sedap dinikmati bila mood tengah baik.

Coklat biasa atau coklat susu pula adalah yang paling popular. Inilah coklat yang korang selalu nampak dijual di pasar raya. Ia gabungan serbuk koko, mentega koko, gula dan susu. 

Rasanya seimbang. Tak terlalu pahit, tak terlalu dan manis. Kalau coklat hitam rasa dewasa dan coklat putih rasa manja, coklat susu ni kira all-rounder lah. Sesuai untuk semua peringkat umur. Biasanya digunakan untuk baking, minuman coklat atau dimakan terus.

Kesimpulannya, setiap jenis coklat ada keistimewaannya sendiri. 

Kalau korang suka rasa pahit dan nak manfaat kesihatan, pilih coklat hitam. Kalau nak rasa manis berlemak, coklat putih pilihan terbaik. 

Tapi, kalau nak yang klasik dan seimbang, coklat susu memang tak pernah mengecewakan. Apa pun, makanlah dengan berpada sebab walau coklat boleh buat kita gembira, kalau terlebih pun boleh buat badan mengembang pulak nanti! Haha. 

Fakta menarik tentang coklat.

1. Coklat berasal dari biji koko. Pokok koko berasal dari Amerika Selatan dan bijinya pernah dianggap “makanan dewa” oleh orang Aztec dan Maya.

2. Coklat boleh bantu naikkan mood. Ia mengandungi bahan yang boleh merangsang pengeluaran hormon endorfin dan serotonin, yang buat kita rasa bahagia.

3. Semakin gelap coklat, semakin sihat. Coklat hitam dengan kandungan koko tinggi iaitu lebih 70%bmengandungi antioksidan yang bantu melindungi jantung.

4. Coklat putih bukan coklat sebenar. Sebab tak ada serbuk koko pun! Tapi masih dikira coklat sebab guna mentega koko.

5. Coklat boleh cair pada suhu badan manusia. Sebab tu bila masuk mulut, cepat sangat lembut dan meleleh. Uishh, nikmat betul kan? 

Moga bermanfaat. 

No comments:

Post a Comment