Ayam sambal tomato. Merah menyala, tapi tak pedas langsung!

Ayam masak sambal memang menjadi kegemaran anak-anak cikla. Kalau masak menu ni, memang bertambah-tambah makan. Janji jangan pedas. Memang sampai menjilat pinggan dibuatnya. Haha. Sebelum ni, kalau masa sambal ayam cikla akan guna sos tomato untuk kurangkan pedas cili. Tapi, sekarang tak lagi. Cikla tukar kepada tomato yang dikisar. Cilinya dikurangkan sikitlah kalau tak nak pedas. Jom tengok ayam sambal tomato cara cikla. 

Bahan-bahannya :

1 ekor ayam. 
1 biji bawang merah (dicincang). 
4 ulas bawang putih (dicincang). 
1/2 inci halia (hiris memanjang). 
1-2 sudu besar cili giling.
6 biji tomato (kisar). 
Sedikit air asam jawa, minyak secukupnya, garam dan sedikit madu. 
Bawang besar untuk hiasan (potong bulat). 

Cara nak masak :
  1. Ayam dibersihkan dan diperap dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dalam kuali, dan goreng ayam tadi. Jangan garing sangat sebab nanti keras. Tak sedap pulak. 
  2. Dah siap goreng ayam, luakkan sedikit minyak goreng ayam dan tulis 3 sekawan (bawang merah, bawang putih dan halia) sampai kekuningan. 
  3. Selepas itu, masukkan cili giling dan tumis sampai garing dan naik bau. Dah naik bau, masukkan tomato yang dikisar bersama sedikit air. Tumis sampai air sedikit kering dan bahan garing. 
  4. Masukkan air asam jawa dan kacau sekejap. Perasakan dengan garam dan madu. Kalau takde madu boleh ganti dengan gula. Sesuaikan rasa. 
  5. Last, masukkan ayam yang telah digoreng bersama bawang besar dipotong bulat. Gaul rata, dan biarkan naik minyak. Siap! 

Inilah hasilnya. Taraaaaa. 

Ayam sambal tomato. Merah menyala, tapi tak pedas langsung!
Ayam sambal tomato. Merah menyala, tapi tak pedas langsung! 

Ayam sambal tomato. Merah menyala, tapi tak pedas langsung!
Ayam sambal tomato. Merah menyala, tapi tak pedas langsung! 

Ayam sambal tomato ni hari tu cikla makan dengan nasi minyak. Memang sedap. Lawan pulak dengan acar timun masak. Mabelessss. Cubalah!

7 comments:

  1. a ah tengok gambar tu kalo CT mmg da bayang pedas yakamat ni.. hehe. jenis x suka makan pedas kalo nampak hidangan merah2 tu mula seram hehe..

    ReplyDelete
  2. Malam macamni tengok resipi ayam sambal ni memang terliur!

    ReplyDelete
  3. kalau tambah tomato/sos tomato memang dapat kurangkan pedas , kadang2 terbeli jugak cili kering yang pedas

    ReplyDelete
  4. lauk paling sempoi dan sedap, tiba-tiba teringin nak makan nasi minyak cik La hehe

    ReplyDelete
  5. tgk resepi, byk tomato kisar ekk, cikla.
    aida kalu buat masak merah, ciliboh & sos tomato skit.
    pedas ler. pasni try plak ler cara cikla.
    dpt pikat tak tekak anak-anak :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.