Resepi nasi minyak simple, khas untuk mereka yang pertama kali buat. Senang dan sedap! 

Cuti-cuti sekolah ni, cikla macam semangat sikit nak memasak. Bukan apa, bila anak-anak ada dekat rumah, dan sekarang musim hujan pula perut memang sentiasa lapar. So, ibu mereka ni hari-hari gigih cari resepi yang senang dan cepat dimasak demi memenuhi selera anak-anak.

Sebenarnya dah lama cikla nak try masak nasi minyak. Cuma tak berkesempatan dan ingat macam susah nak masak. Rupanya, senang je. Google punya Google, cikla jumpa resepi nak masak nasi minyak yang senang. Thanks Sis Hawa sebab share resepi senang ni. Cikla dah cuba, memang sedap walaupun bahan yang digunakan tak banyak. Senang cakap, guna bahan asas je, dah sedap dah!

Bahan ni cikla sesuaikan ikut keperluan cikla tau. Kalau korang nak tau resepi ada klik SINI.

Resepi nasi minyak simple, khas untuk mereka yang pertama kali buat. Senang dan sedap!
Resepi nasi minyak simple, khas untuk mereka yang pertama kali buat. Senang dan sedap! 

Bahan-bahannya :

4 pot beras (dicuci dan ditoskan).
1 labu bawang besar (dimayang). 
5 ulas bawang putih (diketuk). 
2 inci halia (hiris panjang).
1 batang kulit kayu manis.
3 kuntum bunga lawang.
5 biji buah pelaga.
5 sudu besar planta (boleh guna marjerin biasa).
Minyak untuk menumis, air dan garam secukupnya.


Cara nak masak :

Dalam periuk nasi, panaskan minyak bersama planta. Selepas itu, tumis bawang besar, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau dan bawang kekuningan. Kemudian, masukkan beras yang telah ditos dan gaul rata dengan bahan yang ditumis tadi. Padamkan api, dan masukkan air mengikut sukatan beras masing-masing. Taburkan garam secukupnya. Kemudian, masak nasi macam  biasa. Sedia untuk dihidangkan. Nasi ni sedap dimakan bersama acar timun masak dan ayam sambal tomato.

Resepi nasi minyak simple, khas untuk mereka yang pertama kali buat. Senang dan sedap!
Resepi nasi minyak simple, khas untuk mereka yang pertama kali buat. Senang dan sedap! 

Resepi nasi minyak simple, khas untuk mereka yang pertama kali buat. Senang dan sedap!
Resepi nasi minyak simple, khas untuk mereka yang pertama kali buat. Senang dan sedap! 

Resepi nasi minyak simple, khas untuk mereka yang pertama kali buat. Senang dan sedap!
Resepi nasi minyak simple, khas untuk mereka yang pertama kali buat. Senang dan sedap! 

Resepi nasi minyak simple, khas untuk mereka yang pertama kali buat. Senang dan sedap!
Resepi nasi minyak simple, khas untuk mereka yang pertama kali buat. Senang dan sedap! 

Dalam gambar tu cikla saja letak pewarna merah dengan kuning. Saja, nak bagi ada warna-warni sikit. Tapi, kalau tak letak pun takpe. Selamat mencuba!

2 comments:

  1. MN pun jarang masak nasi minyak nie , last masak masa bulan puasa hari tu , agaknya puasa akan datang pulak lah masak hahaha..thanks kongsi resepi

    ReplyDelete
  2. wow sedapnya nasi minyak! Huhuhu

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews