'santai tapi sampai'

Kita selalu mendengar berita dan cerita mereka yang terkena renjatan elektrik kerana menggunakan telefon yang sedang dicas. Berita terbaru ...

Jangan gunakan telefon bimbit semasa dicas! Bahaya!

Kita selalu mendengar berita dan cerita mereka yang terkena renjatan elektrik kerana menggunakan telefon yang sedang dicas. Berita terbaru mengenai kes sebegini ada cikla baca di akhbar KOSMO! hari ini. 

Menurut berita berkenaan, mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik semasa menggunakan fon telinga pada telefon bimbit yang sedang dicas. Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang tidur.

Jangan gunakan telefon bimbit semasa dicas! Bahaya!
Gambar diubahsuai dari carian Google. Jangan gunakan telefon bimbit semasa dicas! Bahaya!

Ibu mangsa mendapat telinga dan mulut mangsa keluar darah, manakala sebelah fon telinga masih terpaksa pada telinga mangsa ketika itu. Allahuakbar, memang orang cakap dah ajal dan asbab kan. Tapi, kita mungkin boleh berusaha untuk mengelak daripada sesuatu yang buruk berlaku.

Jangan gunakan telefon bimbit semasa dicas! Bahaya!
Jangan gunakan telefon bimbit semasa dicas! Bahaya! Kredit Google. 

Kalau korang nak tau, menurut Dr. Jasrul Jamani Jamian, seorang pensyarah kanan Fakulti Kejuruteraan UTM, ini adalah disebabkan oleh penggunaan pengecas tiruan. Menurutnya, penggunaan pengecas tiruan boleh menyebabkan jangka hayat telefon bimbit itu menjadi lebih pendek, selain dari mudah rosak. 

So, masalah bateri contohnya merupakan punca yang selalu berlaku. Guna pulak pengecas tiruan, lagilah berisiko mengalirkan arus elektrik dan akhirnya menyebabkan renjatan kepada manusia.

Jangan gunakan telefon bimbit semasa dicas! Bahaya!
Jangan gunakan telefon bimbit semasa dicas! Bahaya!

Katanya lagi, kalau pengecas tulen tu biasanya dilengkapi dengan peranti yang akan menyekat arus elektrik kalau bateri yang dicas itu telah penuh. So, ia akan menjadikan telefon tak mudah rosak. Bagi cikla, apa yang penting kita sendiri perlu sentiasa beringat dan berhati-hati. Ambillah langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan.

Malang tidak berbau!

1 comment: