*this is sticky post until 11.59 pm on 30 Disember 2018. Please scroll below to read a latest entry. TQ!  

~SEGMEN TAMAT~

Alhamdulillah, sekarang kita dan berada di pertengahan minggu kedua bulan Disember. Cepat ya masa berlalu kan. Tak lama lagi dah nak habis dah tahun 2018. Macam mana dengan tahun 2018? Mesti banyak kenangan tak pernah dilupakan kan. Betul tak? 

Oh ye, bersempena dengan ini, cikla nak melancarkan satu segmen bloglist untuk mencari blog-blog yang aktif duduk dalam bloglist cikla selama 3 bulan iaitu dari Januari hingga Mac 2019. Lama kan. Takpelah, cikla bagi can korang duduk lama sikit. Hehe... 

Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog.
Gambar diubahsuai dari carian Google. Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog.

Macam selalu, cikla ada letakkan beberapa syarat mudah untuk korang join segmen ni. Ala, mudah je. Jom check syaratnya satu-satu. 

Syarat penyertaan utama yang sangat senang adalah seperti berikut;

  1. Follow blog ni pada yang belum follow di SINI. Nanti cikla akan followback
  2. Follow g+ di SINI.
  3. Follow twitter di SINI
  4. Follow Instagram di SINI
  5. Like fb page di SINI
  6. Buat satu entri ringkas yang bertajuk 'Segmen Bloglist Awal Tahun, Januari hingga Mac 2019, ciklapunyabelog.' Masukkan banner di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini. 
  7. Dalam entri itu juga, korang share lah sikit apa kenangan, pengalaman, cerita dan apa-apa saja yang berlaku sepanjang tahun 2018 ni pada diri korang ataupun orang sekeliling korang. Tak payah panjang-panjang, satu dua perenggan pun dah ok dah. 
  8. Lepas tu, korang tinggalkan link entri korang di ruangan komen. 
  9. Settle! 

Segmen berlangsung dari  6 Disember hingga 30 Disember 2018 pukul 11.59 malam. Keputusan akan diumumkan pada 31 Disember 2018, InshaAllah. 

Cikla akan pilih 10 blog bertuah yang akan menyerikan bloglist blog ni nanti dan akan duduk dalam bloglist selama 3 bulan. Tapi, kalau penyertaan kurang dari 10, automatik semua peserta akan masuk dalam bloglist. 

Pemilihan pemenang akan dibuat menggunakan khidmat random.org dan korang digalakkan blogwalking sesama sendiri jugak. 

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, cikla lancarkan segmen ni sekarang. Mehlah join ramai-ramai. Support cikla ok! 

Selamat bersegmen korang!