Surah Al-Waqiah terkenal dengan khasiatnya sebagai ayat yang menjadi sumber kekayaan dan pelindung daripada kefakiran.
Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah akan menjauhkan kita dari kefakiran selamanya InshaAllah.
Sa'ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis yang menceritakan tentang kelebihan surah ini kebanyakannya adalah hadis sahih.
Menurut sumber www.jais.gov.my, terdapat 4 khasiat surah Al-Waqiah yang utama, iaitu :
Gambar diubahsuai dari carian Google. Rahsia Surah Al-Waqiah. |
Pertama : Surah ini merupakan amalan terbaik bagi wanita dan gadis sebagai pemelihara dan pelindung diri dari kemudaratan dan kemiskinan.
Kelebihan surah ini dinyatakan dalam pesanan Uthman bin Affan kepada Abdullah yang sedang sakit tenat. Uthman berkata, "Ini untuk anak-anak perempuan kamu selepas ketiadaan kamu. Beliau menjawab adakah kamu takut anak-anak perempuan kamu menjadi miskin? Sesungguhnya saya perintah kepada mereka supaya baca surah Al-Waqiah tiap-tiap malam. Sesungguhnya saya dengar Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa membaca surah Al-Waqiah tidak akan jadi miskin selama-lamanya."
Kedua : Mereka yang membaca surah ini sebagai wirid, dengan izin Allah akan beroleh kesenangan dan kemudahan selama-lamanya.
Ketiga : Bila seseorang menjadikan surah ini sebagai kebiasaan dan membacanya setiap malam satu kali, maka dia akan terhindar dari kemiskinan.
Keempat : Surah Al-Waqiah ini jika dibaca di si mayat atau orang yang sedang nazak, InshaAllah dipermudahkan dan diringankan kesakitannya. Selain itu, boleh juga Dibaca pada orang yang hendak bersalin sebagai selusuh
Rahsia Surah Al-Waqiah. Kredit Google. |
So, jom kita jadikan amalan membaca surah Al-Waqiah ini sebagai rutin harian kita, InshaAllah sebagaimana yang diriwayatkan oleh baginda Rasulullah SAW, hidup kita akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan dunia dan Akhirat.
Dengan izinNya jua, kira akan memperolehi rezeki yang melimpah ruah supaya kita diberi kesempatan untuk melaksanakan amal jariah sekaligus meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik. InshaAllah!
Akan tetapi, kita perlu ingat janganlah kita niat membaca surah ini semata-mata untuk KEKAYAAN dan kemewahan saja.
Sebaliknya niatlah dengan ikhlas untuk mendapat keredhaanNya.
Waallahualam!
Sama2lah kita mengamalkannya.
ReplyDeleteGood sharing cikla 😊
ReplyDelete