Kerabu taugeh dengan salad, simple dan sedap!

Cikla sebenarnya berhajat nak buat dan makan kerabu ni taugeh ni semalam. Tapi, kes susah sangat cari kelapa parut. Itu yang tergendala jadinya. Taugeh dah standby, tapi kelapa parut tak jumpa. Haha. Tapi, alhamdullilah, tadi pagi pergi kedai dekat area rumah cikla, tengok ada kelapa. Syukur sangat. Hehe.

Resepi taugeh ni mak cikla yang ajar. Kira paling simple lah. Tak payah nak banyak baham sangat. Ada yang asas, dah jadi dah. Silap-silap haribulan, bertambah berpinggan-pinggan kang. So, cikla nak ajar korang especially yang perlu pernah try sendiri buat kerabu. Macam cikla. Hehe. Ok, jom check macam mana nak buat.

Kerabu taugeh dengan salad, simple dan sedap!
Kerabu taugeh dengan salad, simple dan sedap! 

Bahan utama :

Taugeh (Cikla beli RM1. Tapi, terpulang pada korang nak banyak mana taugehnya. Nanti bahan lain korang agak-agaklah ye).
1 mangkuk salad (jenis coral, yang kerinting-kerinting tu dihiris halus). 
Sedikit timun jepun (hiris memanjang). 
1 mangkuk kelapa parut (digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan). 
Air perahan limau nipis, garam dan gula secukupnya (kalau korang nak guna cuka pun boleh ganti air limau nipis).

Bahan tumbuk :

1 biji bawang merah. 
3 ulas bawang putih. 
1 biji cili merah. 
2-3 biji cili api. 
Segenggam ikan bilis (digoreng tanpa minyak sehingga kekuningan). 
Sedikit belacan (dibakar. Tapi, kalau tak nak letak pun takpe. Cikla tak letak, sebab dah lama tak beli belacan. Hehe).

Cara :
  1. Taugeh dicuci bersih, kemudian celur sekejap dalam air panas. Jangan sampai lembik. Angkat dan toskan. 
  2. Dalam mangkuk yang sesuai, masukkan taugeh yang telah ditoskan bersama semua bahan iaitu kelapa parut yang telah digoreng, salad, timun jepun, bahan tumbuk, garam, gula dan air perahan limau nipis. 
  3. Gaul rata bahan-bahan tu semua. Kalau asam garam gula masih tau ok, pandai-pandailah korang ejas ye. Oh ye, kalau korang suka pedas, boleh tambah cili. 
  4. Dah gaul rata, siap!

Inilah rupanya. Close-up sikit.

Kerabu taugeh dengan salad, simple dan sedap!
Kerabu taugeh dengan salad, simple dan sedap! 

Kerabu taugeh dengan salad, simple dan sedap!
Kerabu taugeh dengan salad, simple dan sedap! 

Kerabu taugeh dengan salad, simple dan sedap!
Kerabu taugeh dengan salad, simple dan sedap! 

Sebenarnya, cara nak buat kerabu ni ada banyak versi. Ada yang suka letak hirisan serai, bunga kantan dan lain-lain. Korang boleh je nak tambah sayur lain dalam ni, asalkan sesuailah. Contohnya, kacang botol, kacang panjang, daun selom, pegaga dan lain-lain. Tapi, resepi cikla ni kiranya yang paling simple dan senanglah. Cikla memang suka ratah gitu je. Memang tak sedar habis semangkuk. Haha. Nak tau sedap ke tak, kenalah cuba ya.

2 comments:

Powered by Blogger.