20 December 2018

Apam gandum resepi mak. Sedapnya!

Hari tu tetiba teringin nak makan apam gandum. Malas nak cari resepi dekat Google, so tanya mak je. Cari bahan semua, semangat nak buat. Lagi excited sebab ini pertama kali cikla buat apam sendiri. Risau juga tak sesedap mak masak kan, tapi takpelah kita cuba aje. Mungkin ramai yang dah tau macam mana nak buat apam. Tapi, cikla nak share apam cara makan cikla. Senang rupanya. 

Apam gandum resepi mak.
Apam gandum resepi mak.

Bahan-bahannya :

3 cawan tepung gandum. 
2 cawan air.
1 bungkus maurinpan (11 g). 
1/2 cawan gula. 
Pewarna kesukaan. 
Kelapa parut (gaul dengan sedikit garam). secukupnya. 

Cara nak buat.

Dalam bekas yang sesuai, masukkan kesemua bahan tadi. Gaul rata. Selepas itu, perap adunan kira-kira 30 minit. Tapi, nak lama sikit pun takpe. Kukus selama 40 minit atau sehingga apam masak. Pastikan kukus telah dipanaskan dulu sebelum me masukkan adunan apam tadi. Tutup bahagia batas pengukus supaya wap tak menitik di atas apam. Dah masak, biarkan sejuk sekejap sebelum di potong. Sedap dimakan dengan kelapa parut. 

Hasilnya!

Apam gandum resepi mak.
Apam gandum resepi mak.

Apam gandum resepi mak.
Apam gandum resepi mak.

Apam gandum resepi mak.
Apam gandum resepi mak.

Apam gandum resepi mak.
Apam gandum resepi mak.

Memang sedap apam ni. Bolehlah korang buat untuk minum petang nanti. Cuba tau!

3 comments:

  1. Kuih zaman dulu2
    Kecik2 dulu selalu mak buat sarapan apam ni

    ReplyDelete
  2. sedapnya! boleh lah cuba lepas ni

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum . . terima kasih share resepi .. mudah je bahannya . . in shaa Allah akan saya cuba .. huhu . .


    jemput singgah blog kita and jemput join segmen blogwalking kita ..

    http://nurulaineddihar.blogspot.com/2018/12/segmen-blogwalking-by-nurul-ain-eddihar.html

    ReplyDelete