Jom buat laksa sendiri. Tak payah beli dah lepas ni. Senang sangat nak buat!

Sebenarnya ini menu throwback. Kalau tak salah, cikla buat laksa ni minggu lepas kot. Bukan apa, hari-hari makan nasi, kadang-kadang macam jemu juga. Sesekali tukar selera best juga kan. Laksa sememangnya menjadi menu kegemaran cikla sekeluarga. Nak buatnya pun tak susah mana pun. Senang je. Bahan pun tak susah nak sediakan. Jom cikla nak tunjuk masak laksa cara cikla. Tapi, resepi ni cikla dapat dari mak. Kira resepi maklah ni.

Bahan-bahannya :

1 peket laksa (dicelur dalam air panas nak ketepikan. 
1 kilo ikan sardin. 
1 kilo ikan kembung.
1 kuntum bunga kantan (dihiris). 
Daun kesum. 
Asam keping. 
Garam dan perasa jika perlu. 

Bahan kisar :

Segenggam cili kering. Kalau nak pedas, lebihkan. 
1 labu bawang besar. 
4 ulas bawang putih. 
1 kuntum bunga kantan. 

Bahan hiasan :

Timun jepun (potong panjang). 
Telur rebus (belah empat).
Cili merah (hiris). 
Limau nipis (belah dua). 

Jom buat laksa sendiri. Tak payah beli dah lepas ni. Senang sangat nak buat!
Jom buat laksa sendiri. Tak payah beli dah lepas ni. Senang sangat nak buat! 

Caranya :

Ikan dibersihkan, buang isi perut je. Cuci dan rebus ikan sehingga empuk. Keluarkan ikan dari periuk, kemudian asingkan isi ikan dari tulang dan kepala. Masukkan isi ikan dalam blender. Sisa tulang dan kepala ikan tu jangan buang. Ada gunanya. 

Dalam blender yang sama, masukkan cili kering, bawang besar, dan bawang putih. Kemudian, masukkan air rebusan ikan tadi ke dalam blender. Korang agak-agak sendirilah air tu. Asalkan blender boleh pusing nanti, oklah tu.

Blender isi ikan bersama bahan lain tadi sampai lumat. Kemudian, masukkan bahan yang dah sebati itu ke dalam periuk yang sesuai. Haa, sisa tulang dengan kepala ikan tadi korang masukkan pula ke dalam blender  tadi bersama sedikit air. Kemudian, blend sampai hancur. Selepas itu, tapis hasil yang dah siap di blend tu untuk ambil airnya. Airnya itu korang campur dalam periuk tadi. 

Tambahkan air dan korang agak-agaklah kuahnya nak banyak mana. Biarkan kuah mendidih. Bila kuah mula mendidih, masukkan daun kesum bersama asam keping dan garam secukupnya. Sesuaikan rasa, dan biarkan kuah masak. 

Cadangan hidangan :

Masukkan sedikit laksa yang telah ditoskan tadi ke dalam mangkuk. Kemudian, letakkan di atasnya sedikit hirisan cili merah, telur rebus, timun jepun dan limau nipis. Last, curahkan kuah laksa yang pekat ke atasnya. Emmm, sedapnya. Marvellous! So, kita close up lagi. Ini diaaa.... 

Jom buat laksa sendiri. Tak payah beli dah lepas ni. Senang sangat nak buat!
Jom buat laksa sendiri. Tak payah beli dah lepas ni. Senang sangat nak buat! 

Jom buat laksa sendiri. Tak payah beli dah lepas ni. Senang sangat nak buat!
Jom buat laksa sendiri. Tak payah beli dah lepas ni. Senang sangat nak buat! 

Macam biasa, nak tau sedap ke tak kenalah try sendiri. 

4 comments:

  1. nampak sedap weh. tapi kaella tak makan laksa sedihnye hhihi

    ReplyDelete
  2. ikan sardin tu brand apa2 pun boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan ikan sardin dalam tin tu, ikan sardin basah...

      Delete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews