Hyperthyroid: Boleh makan Brussels Sprouts ke?

Kebanyakan orang yang ada hyperthyroid, mesti bab makan akan selalu jadi persoalan. “Boleh makan ni ke, kena pantang ni ke?” Sebenarnya taklah serumit yang disangka ye. Apa yang penting, korang faham konsep dia, bukan sekadar ikut pantang membuta tuli. Main taram je.

Contohnya, sayur Brussels Sprouts. Dia ni sebenarnya datang dari keluarga kubis, yang mungkin korang dah tau yang dia mengandungi bahan dipanggil goitrogen. Ramai orang terus fikir, “Eh, goitrogen ni bahaya, kena elak terus!” 

Sebenarnya, goitrogen ni lebih kepada ganggu penggunaan iodin dalam badan dan dalam kes tertentu, ia boleh 'bantu' sikit untuk slow down kan aktiviti tiroid yang terlalu aktif. Maksudnya, Brussels Sprouts bukanlah musuh ketat geng hyperthyroid malah boleh makan, cumanya jangan berlebihan dan kalau boleh mestilah dimasak sepenuhnya.

Basically, kebanyakan sayur sebenarnya selamat je untuk korang. Sayur macam bayam, kangkung, timun, lobak merah, tomato atau terung memang tak ada isu besar dengan tiroid. Korang boleh makan macam biasa dan ia memang bantu bagi badan cukup nutrisi. Apa yang penting, jangan skip sayur sebab takut sangat dengan pantang. Lagipun, badan tetap perlukan vitamin dan mineral untuk kekal sihat.

Hyperthyroid: Boleh makan Brussels Sprouts ke?
Hyperthyroid: Boleh makan Brussels Sprouts ke?  Kredit image to Google.

Untuk sayur dalam keluarga kubis pulak, macam brokoli, bunga kubis, kailan dan termasuklah Brussels Sprouts, korang masih boleh makan. Cuma cara makan tu kena betul. Lebih baik dimasak dulu, sama ada stim, rebus atau tumis. Bila dimasak, kesan goitrogen tu akan berkurang. Elakkan makan mentah dalam jumlah banyak, contohnya buat salad besar hari-hari, itu yang boleh jadi isu. 

Selain sayur, ada juga benda lain yang korang kena lebih peka. Minuman berkafein seperti kopi atau teh pekat contohnya, boleh buat simptom hyperthyroid jadi lebih ketara. Jantung berdebar, rasa gelisah atau susah tidur. Jadi kalau korang perasan badan cepat react lepas minum kopi, mungkin kena kurangkan. Sama juga dengan makanan tinggi iodin seperti rumpai laut; bukan tak boleh langsung, tapi jangan ambil dalam jumlah banyak sangat.

Kalau korang tengah makan ubat seperti Carbimazole, satu perkara yang ramai terlepas pandang adalah konsistensi. Bukan setakat makan ubat ikut waktu, tapi diet pun kena konsisten. Jangan hari ni makan sayur kubis banyak sangat, esok langsung tak makan. Perubahan drastik macam ni boleh ganggu keseimbangan badan dan kesan rawatan.

Last, korang kena ingat, hyperthyroid bukan bermaksud hidup kena penuh dengan pantang larang sampai stress nak makan. Kuncinya simple je, makan pelbagai jenis makanan, elakkan berlebihan dan pilih cara masakan yang lebih sihat. Bila korang faham cara badan berfungsi, sebenarnya lebih senang nak kawal keadaan tanpa perlu terlalu restrictive.

Jadi, kalau nak ringkaskan bukan tak boleh makan, tapi kena tahu cara dan had. Bila dah faham konsep ni, barulah korang boleh makan dengan lebih tenang tanpa rasa bersalah.

Post a Comment

Previous Post Next Post