Adoii, entah kenapa hari ni rasa "down" sangat. Tak larat. Ni asyik baring je. Bila bangun, rasa macam mabuk dan loya nak uwekkk. 

Ya Allah, dugaan sungguh cikla mengandung kali ni. Tadi pun lepas breakfast, itu pun makan sikit je. Terus baring. 

Nurse datang tadi buat home checkup pun kepala macam pening-pening lalat. Bangun buat kerja sikit, sidai kain masak nasi uruskan anak cikla, then baring lagi. Takde tenaga langsung rasanya. Mungkin sebab cikla kurang makan kot.

My pregnancy story : Bila keloyaan melanda....
My pregnancy story : Bila keloyaan melanda.... Gambar hiasan credited to Internet.

Memang since malam tadi, cikla dah tak selera nak makan. Permintaan nak makan itu ini bukan main, tapi bila makanan ada depan mata, jamah sikit je, pastu, dah tolak tepi. Memang rasa nak makan tapi tekak macam tak boleh telan. 

Kelmarin first checkup dengan doktor, berat turun 100 gm (52.9 kg). Risau jugak kalau berat turun ni, sebab nanti mesti kena jumpa doktor untuk pantau berat. Bab nak pergi jumpa doktor tu yang agak malas, huhu. Scan baby,  nampak dah baby. Kecik je. Rasa nervous pulak, hehe.

Semoga cikla tabah menghadapi detik-detik pertama awal trimester ni. Doakan cikla ye. Thanks sebab sudi baca luahan hatiku ini.