Aik, lain macam je tajuk entri tu? Tangan nampak tua? Kenapa tangan? Tak kaki ke? Badan ke? Hehehe. Ish ish. Kalau korang nak tau, kebanyakan perempuan asyik memfokuskan penjagaan muka je, tanpa mereka sedar bahagian tubuh lain pun penting jugak, termasuklah tangan kita. 

Rasa macam rugi pulak kalau kita ada muka yang menarik tertarik cun melecun, tapi bila tengok tangan dia, masyaAllah tangan dia nampak tua, berkedut, urat timbul sana sini. Kan dah tak cantik. Kalau nak cantik, bagi cikla biarlah cantik satu badan. Start dari muka sampailah ke kaki. Betul tak?

Tangan kelihatan tua?
Tangan kelihatan tua? Kredit Google. 

Sebenarnya, kalau korang nak tau, ada beberapa sebab musabab kenapa tangan kita cepatnya berlaku penuaan. Padahal umur baru berapa pun, kan? Jom kita tengok apa penyebabnya.

Pencuci bahan kimia.

Semua pencuci memang mempunyai bahan kimia di dalamnya. So, kita yang kena bijak pilih pencuci mana yang baik untuk tangan dan tak beri kesan yang buruk. Pilih pencuci dari bahan alami yang soft dan tak bagi side effect pada tangan. Kalau pencuci ada bahan kimia yang tinggi, kulit tangan kita akan jadi kering dan menggelupas. So, kasarlah tangan kita kan?

Selalu sangat cuci tangan.

Aik,cuci tangan selalu pun bagi kesan tak bagus gak ke? Memang betul. Sebab ia boleh menghakis kelembapan semulajadi kulit tangan kita. Nanti kulit mudah kering.

Tak buat urutan.

Kalau yang ni cikla pun tak buat. Hahaha. Kalau urut pun, urut badan je. Kita sebenarnya disarankan membuat urutan tangan daily. Waktu pagi dan malam adalah yang paling baik kalau nak mengurut. Ramai yang tak tau, urutan ni penting untuk melancarkan peredaran darah dan menghilangkan keletihan tangan. So, kulit tangan akan nampak fresh dan bermaya.

Malas pakai losyen.

Wah, kalau bab ni memang kot. Kadang-kadang bukan malas, tapi tak sempat dan terlupa. *haaaa, nak bagi alasanlah tu. Kalau nak tangan cantik kenalah rajin kan. Haha. Pakai losyen paling tak pun 2 kali sehari nak-nak pulak mereka yang bekerja dalam office yang ber'aircond'. Memanglah kulit cepat kering. Sostart rajinkan diri sekarang jugak. Keh keh keh.

Tak guna sunblock pada tangan.

La, kat tangan pun kita kena pakai sunblock jugak ke? Memanglah, sebab tangan jugak selau terdedah pada sinaran matahari terutama masa kita driveSunblock jugak membantu kulit kekal cerah dan anjal. Cubalah.

Selalu sangat merias kuku.

Ada orang suka merias kukunya. Cikla nak bagitau jangan selalu sangat merias kuku sebab gel manikur tu akan bagi kesan yang sama macam cahaya matahari. Nanti kulit jadi kering kusam dan nampak tua. Tak naklah macam tu kan?

Pakai hand sanitizer.

Hand sanitizer mempunyai kandungan alkohol yang tinggi , so ia pasti akan menghakis kelembapan kulit dan kulit jadi kering. Kalau kita memang kena guna hand sanitizer tu untuk tujuan tertentu, seeloknya kurangkan. Tapi, kalau boleh tak payah pakai langsung lagi bagus.

So, korang nak tangan cantik tak? Kalau nak, harap-harap janganlah dilakukan apa yang cikla share kan tu. Sebolehnya elakkan tau. Nanti cuba kita tengok hasilnya pulak. 

Sumber :  Tips cantik, Mingguan Wanita.