Sebelum ni kita asyik cerita apakah kriteria lelaki yang menjadi idaman wanita. Nah, sekarang jom kita baca pulak apa yang seseorang lelaki mahu untuk mencari wanita pendamping hidup mereka. Jom baca.
Ada rupa (cantik).
Ye, siapa yang tak nak pasangan yang cantik menawan kan? Sama jugak dengan wanita yang nakkan lelaki kacak bergaya, begitu jugak dengan lelaki. Hehe.
Tapi, bagi cikla lebih senang cakap, sedap mata memandang kan lagipun cantik tu kan subjektif. Lain orang lain tafsirannya.
Pegangan agama dan berbudi pekerti.
Korang setuju tak kalau cikla cakap, walaupun ada sesetengah lelaki pun kurang pegangan agama, tapi dia mengimpikan mendapat pasangan yang kuat pegangan agamanya, supaya dapat memberikan mereka teguran dan memperbetulkan apa yang salah.
Begitu juga, mereka mengimpikan pasangan yang berbudi pekerti yang baik, kerana mereka berpendapat ibu yang baik budi akan melahirkan anak yang baik.
Pandai masak.
Wah, kalau yang ni betul. Semua lelaki mesti nak cari bakal isteri yang pandai masak. Kalau yang tak pandai masak pun ada peluang jugak, janji dia ada inisiatif dan usaha nak belajar.
Orang tua-tua pun ada cakap, nak tawan hati suami adalah dari masakan. Air tangan isterilah yang terbaik, selain dari masakan ibulah kan.
Pandai urus kewangan.
Ini penting sebab kalau pasangannya tau nak urus kewangan, itu tandanya pasangannya itu bukanlah seorang yang boros. Ini dapat menjamin hidup yang lebih baik lebih lebih lagi kalau sudah mempunyai anak kelak.
Terima dirinya seadanya.
Lelaki mencari wanita yang sanggup menerima semua kekurangan yang ada pada dirinya. Sanggup bersama susah dan senang.
Hormat dan setia.
Lelaki cuma mengharapkan wanita menghormati dirinya sebagai suami dan ketua keluarga. Mereka tak harapkan penghormatan yang tinggi, cukuplah sekadar menghargai dirinya sebagai suami, it's enough.
Tapi, lelaki pun kenalah hormat wanita jugak. Ingat tu. Siapa yang tak nak pasangan yang setia. Betul tak? Begitu jugak dengan lelaki. Setia penting sebab kita akan hidup lama dengannya. So, jangan bermain api tau!
Pandai ambil hati ibubapanya.
Ini penting. Sebab kalau nak tau, kalau pertama kali kita dibawa berjumpa dengan ibubapanya, perkara pertama yang dia tengok adalah gerak geri dan kelakuan kita di depan ibubapanya.
Be yourself. Jangan bermuka muka sebab nanti kena cop hipokrit pulak. Jangan peramah sangat, tapi jangan pendiam sangat. Semuanya perlu berpada pada. Ingat tu.
Sedia terima teguran.
Menegur bukan bermakna benci atau tak suka. Orang cakap tegur sebab sayang. Apa yang penting cara kita menegur dan pasangan pulak dapat terima teguran kita tu dengan hati terbuka.
Ini tak, tgur sikit merajuk, tegur sikit sentap, camne tu?
Manja.
Kalau nak tau, lelaki suka pada wanita yang manja tau. Manja bukan bermakna mengada ada atau gedik tau. Salah tu.
Manja bermakna bersikap keanak anakan supaya lelaki boleh menjadi sebagai pelindung kepada mereka. Iye ke? Haha.
Depend pada orang kot. Ada yang suka manja. Ada yang suka ala-ala je. Bagi wanita pulak, janganlah manja berlebihan sangat. Nanti nampak tak matang dan lama lama lelaki pun bosan dengan kita. Agak-agaklah ye.
Berdikari.
Ye, lelaki memang kagum dengan wanita yang independent. Makna wanita yang tak terlalu bergantung pada lelaki.
Ada sesetengah perkara yang kita sebagai wanita boleh settle kan sendiri. Tak payah nak susah susahkan orang kan.
Tak cerewet sangat.
Wanita tak suka lelaki cerewet, macam ti jugak dengan lelaki. Bagi mereka, wanita cerewet ni merimaskan dan membuatkan mereka cepat jemu.
Bukan apa, wanita macam ni suka kritik. So, ada sesetengah lelaki yang tak boleh nak terima dirinya dikritik. ye tak? Keh keh keh.
Bagi cikla, semuanya perlu give and take. Kalau lelaki nakkan wanita yang begini begini, begitu jugak dengan wanita.
Siapa yang tak pasangan yang sempurna (walaupun takde manusia yang sempurna), tapi sekurang-kurangnya pasangan mereka itu memenuhi apa yang mereka nak.
Sumber : Ruangan Dunia Lelaki. (MINGGUAN WANITA).
ouch! tetiba rasa mcm langsung xready nak ke alam ini....saya bookmark dululah...mana tau akan dtg berguna...kan cikla?
ReplyDeleteMalam nanti saya baca, sekarang kat highway.
ReplyDeleteIni buksn blogwalking,
Saya tak buat blogwalking.