Resepi cucuq bilis setiaku di sini.

Dah breakfast ke? Mestilah dah kot. Dah pukul 9 lebih pun kan. Hari ni cikla breakfast cucuq bilis je. Nama yang hujung saja tambah, sebab peminat tegar kak Ziana Zain. Keh keh keh. Korang mesti cakap, ek eleh cucuq bilis pun nak share resepi. Senang gile. Haha. Memanglah senang, tapi cikla nak share cucuq bilis versi cikla. Boleh gitu, hahaha.

Resepi cucuq bilis setiaku di sini.
Resepi cucuq bilis setiaku di sini.
Apa bahan bahan ye tu?

Tepung gandum (ikut suka berapa banyak korang nak buat).
1 biji bawang besar (hiris halus).
Segenggam ikan bilis jepun (yang halus tu).
Segenggam daun sup atau daun kucai (dihiris kasar).
1 sudu teh serbuk bikarbonat. 
Garam, serbuk kunyit, perasa dan air untuk membancuh. 
Minyak untuk menggoreng.

Cara nak buat pulak?

Senang je. Letak semua bahan dalam satu mangkuk besar (yang senang korang nak gaulkan bahan-bahan tu nanti). Agak-agak tau bila masukkan air, jangan banyak sangat nanti terlembik dan jangan kurang sangat nanti keras pulak. Yang sedang-sedang saja tau. Masa korang nak bancuh adunan, masukkan sedikit air panas dalam adunan lepas tu baru air biasa. Nanti cucuq kita lembut gebu je. Kalau cucuq kita dah sejuk pun masih lagi lembut. Dah kacau rata. Ketepikan.

Panaskan minyak dalam kuali, dan bila minyak panas bentukkan tepung aduanan tadi guna sudu senang. Goreng sampai kekuningan, lepas tu angkat dan toskan minyak. Bolehlah dihidangkan. Kalau bilis tu korang nak ganti dengan udang boleh jugak, tapi dah tak jadi cucuq bilis dah, jadi cucuq udanglah pulak.

Macam mana, senang kan? Yang bujang-bujang pun boleh buat apa. Hehe. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews