Aik, dah part 2? Bila masa pulak part 1? Hehe. Kalau korang tak lupa, sebelum ni cikla ada up entri pasal pantai ni kat SINI. Kliklah kalau nak imbas kembali. Hehe. 

Ahad baru baru ni cikla balik kampung. Nak dijadikan cerita, petang sebelum cikla balik banting, cikla dan keluarga pergi jalan jalan ke Pantai Remis, Jeram. Rasanya ada yang tau dan pernah sampai sini kan?

Pantai Remis, Jeram, Selangor. (Part 2).
Pantai Remis, Jeram, Selangor. (Part 2).

Pantai Remis, Jeram, Selangor. (Part 2).
Pantai Remis, Jeram, Selangor. (Part 2).

Pantai ni boleh dikatakan under renovation lagi. Masih dalam proses membaik pulih dan mencantikkan kawasan sekitar pantai. 

Sebelum ni pantai memang dah terhakis. Banyak batu batu besar diletakkan disepanjang pantai untuk elakkan hakisan oleh air laut. Kalau air pasang, memang dekat je dengan kaki kalau kita duduk kat tepi. 

Kedai-kedai makan kat tepi pantai pun macam dekat je dengan laut. Semua orang tau kot, dekat pantai ni memang ramai orang jual hasil laut macam kerang, lala, dan kadang-kadang ada jugak orang jual ikan fresh dari laut. Siapa siapa yang nak kan seafood yang fresh, bolehlah datang sini. Ikan masin pun banyak.

Pantai Remis, Jeram, Selangor. (Part 2).
Pantai Remis, Jeram, Selangor. (Part 2).

Pantai Remis, Jeram, Selangor. (Part 2).
Pantai Remis, Jeram, Selangor. (Part 2).

Pantai Remis, Jeram, Selangor. (Part 2).
Pantai Remis, Jeram, Selangor. (Part 2).

Dah namanya pantai, mestilah banyak kedai makanan di sepanjang pantai kan. Tapi cikla tak sempat nak amik gambar kedai-kedai tu pun, keh keh keh. 

Kalau weekend pulak, memang banyak gerai-gerai jual cenderamata macam layang-layang, belon, dan kadang-kadang ada bazaar jual pakaian dan makanan ringan jugak. 

Orang tak boleh nak cakaplah ramainya. Masa cikla pergi Ahad aritu pun, memang crowded giler, penuh.

Pantai Remis, Jeram, Selangor. (Part 2).
Pantai Remis, Jeram, Selangor. (Part 2).

Apa yang cikla tengok, memang ada bezanya pantai ni dulu dengan sekarang. Kalau dulu, pantai ni dipenuhi pokok bakau dan nipah dengan lotong-lotong di sana sini, tapi sekarang semua dah lain. 

Sekarang dah ada playground untuk kanak-kanak, kerusi-kerusi untuk berehat dan pondok-pondok untuk pengunjung lepaskan lelah. Tandasnya pun dah dinaik taraf. Dah ada orang jaga dan bersih. Kira berseleralah kalau nak 'melepaskan' hajat, hehehe.

Pantai Remis, Jeram, Selangor. (Part 2).
Pantai Remis, Jeram, Selangor. (Part 2).

Kalau korang datang ke area Kuala Selangor - Jeram, singgahlah kat pantai ni. Sesekali menikmati keindahan alam ciptaan Yang Maha Esa. Tenang hati tengok air laut.