15 January 2016

10 soalan dari blogger NURSABRINA.

Hari ni cikla nak curi masa sikit lah nak jawab soalan dari blogger NURSABRINA aka Sab yang comel ni. Actually, dah lama cikla ditag, cuma takde masa nak jawab. Hihihi. Al-maklumlah, bizi sesangatlah konon konon. Hihi. Ok ok. Jom kita jawab. Moh kita.

Bismillahirahmanirahim.

10 soalan dari blogger NURSABRINA.
10 soalan dari blogger NURSABRINA. Kredit Google. 

Kenalkan diri awak kepada dunia (Buat ayat meletup bombastik).

Wah, ayat meletup bombastik? Macam mana ek? Hehe. Oklah, first of all, Cikla nak introduce myself. Nama sebenarnya macam dalam IC adalah Shahila binti Shahril. (Simple je nama kami. Hihi). Tapi, kalau dalam blog Cikla bahasakan diri cikla. Nak panggil Ila pun boleh. Takde hal. Boleh aje. Cikla lahir di Selangor (merah kuning lambang kebanggaan. Keh keh keh) pada 28 Ogos 1982 yang lalu. Berumur 34 tahun (tua dah teman). Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak (buat masa inilah. Mana tau lepas ni bertambah lagi, hehe). Graduate from UKM, amik kos Chemical Engineering tapi sekarang happy sebagai suri rumah sepenuh masa. Mula berblog sejak 2013 until now. Part time blogger je.

Perkara pertama yang terlintas masa first time datang blog Sab.

Sejujurnya, first time cikla singgah kat blog Sab ni masa cikla dapat mesej dari Sab yang cikla telah ditag. Perkara pertama terlintas? Ermmm. Blog Sab ni ceria, simple dan senang loading. Takdelah tunggu lama sangat nak bukak. Bagi cikla simple but nice. Itu lebih baik kan?

Perkara yang awak takutkan hal itu terjadi dalam hidup awak. 

Ermmm, macam susah je soalan ni. Rasanya macam takde or tak ingat kot. Huhu. Bagi cikla barang yang lepas janganlah dikenang, kelak meranalah diri.

Pernah rasa jealous dengan kehidupan orang lain? Jika ya, kenapa.

Jealous? Ermmm, pernah kot. Jujur cikla ter'jealous' jugaklah kalau cikla scrol timeline FB tu tengok kengkawan post gambar diaorang pergi travel or holiday sana sini. Teringin jugaklah kekadang tu. Nak pergi jugak. Tapi nak buat macam mana, kena tengok jugaklah masa 'big boss' kita tu kan.

Pernah meminati seseorang dalam diam? Kenapa minat dia eh?

Pernah kot. Masa sekolah menengah dulu. Admire sangat dengan abang senior form 5. Masa tu cikla from 3, kalau tak silaplah. Sebab minat? Sebab dia hensem kot. Hahaha. Tapi sekarang memang dah tak jumpe pun, since dia habis sekolah. Confirm confirm lah dia dah kawin, ntah ntah dah ada anak 6 kot, haha.

Diberi pilihan masak atau makan luar, mana awak pilih? Kenapa?

Ermm, masak ke makan luar? Hehe, amboi soklan. Dulu, masa cikla baru baru kawin masak dan makan luar tu kira balancelah. Kalau rajin masaklah, kalau agak agak kurang rajin makan luar je la, tak pun beli lauk dah siap je. Tapi, disebabkan cikla duduk dengan mertua, so kenalah masak. Kadang-kadang orang tua ni kalau lauk beli macam tak kena je kat tekak diaorang. Cikla ni pulak jenis tak memilih makan. Tapi, biasanya kalau cikla keluar makan dengan famili selalunya kami makan dekat restoran seafood, sebab banyak pilihan makanan kot. Ye la, macam-macam ada kan. Tomyam, siakap tiga rasa, pelbagai jenis sup. Itu belum lagi dengan pelbagai jenis air lagi. Sampai rambang mata dibuatnya.

Perkara yang paling awak trauma kan until now and why?

Rasanya perkara cikla trauma adalah jatuh motor masa lepas SPM 7 tahun lepas. Dipendekkan cerita, motor tu bff cikla yang bawak. Dia pun boleh dikatakan baru belajar belajar bawak motor. Dan cikla pun time tu terberanilah pulak naik motor dengan dia. Memang fobia lepas kejadian tu. Bawak pulak motor abah cikla, memang lepas dah jatuh tu, nak balik dah takut dah memasing, huhu. Tapi, mujurlah cikla dan kawan cikla tu tak cedera. Kawan cikla terbabas masa nak masuk lorong rumah dia. Cuma tangannya je yang terseliuh sikit. Cikla alhamdullillah tak apa-apa. Sejak kejadian tu memang fobia sikit kalau naik kenderaan yang dipandu laju. Tak kiralah motor atau kereta. Seriau pun ada, huhu.

Macam mana awak boleh terjebak dalam dunia blogging ni?

Cikla berblog sejak 2013. Tak taulah macam mana boleh terjebak. Sebab minat kot. Lagipun sebelum ni cikla suka baca blog orang lain. Terfikir jugak, macam best je ada blog ni. Masa mula mula berblog, suam-suam kuku je. Takdelah aktif sangat setiap hari up entri sambil berbelas-belas. Cikla aktif balik since tahun lepas. Lagipun, masa sekarang ni kalau nak update blog kena tengok masa jugak. Kadang-kadang tu kalau macam dah lama tak bukak dan update blog macam rindu pulak.

Awak bangga dilahirkan sebagai diri awak sekarang? Alasan. 

Semestinyalah bangga. Takde alasan kot, sebab memang kita perlu bangga dengan diri kita. Jadilah diri sendiri jelah, tak payahlah nak jadi orang lain. Sebab kalau kita cuba nak jadi orang lain, tak lama pun. Lagipun, nampak sangat macam kita ni berpura-pura. Tak kisahlah orang suka atau tak dengan cara kita, biaq pi kata orang utara. Kita tak akan dapat puaskan hati semua orang kan. Be yourself. Semua manusia tak sempurna. Apa yang penting perbaiki mana yang kurang dan permantapkan lagi mana yang dah sedia mantap. Betul tak?

Pernah menginginkan something tapi sampai sekarang tak dapat.

Ermmmm, apa ye? Nak amik lesen kereta kot. Tahun lepas punya azam ni, belum termakbul lagi. UnshaAllah tahun ni cikla akan cuba dapat. Doakanlah ye, hehe.

Fuhhhh, terjawab jugak semua soalan yang adik Sab kita ni utarakan. Cikla harap Sab puas hatilah dengan jawapan yang Cikla bagi ni ye dan terjawab semua soalan. Berpeluh-peluh teman, hahaha. Thanks for reading.

No comments:

Post a Comment