Ahad lepas cikla sekeluarga berkesempatan pergi jalan-jalan makan angin ke Bukit Fraser, Pahang. Perjalanan nak naik ke atas bukit, masyaAllah memang mencabar sungguh. Dengan keadaan jalan yang bengkang bengkok, aduiiii.
Memang tergugat jugaklah kestabilan diri ini. Haha. Cikla dah la memang dah rasa loya-loya pening-pening lalat, lepas tu melalui pulak jalan yang macam ni, pepaham jelah. Aduhai, ting tong jugaklah kepala ni.
Makan angin di Bukit Fraser, Pahang. |
Alhamdulillah, setelah hampir 40 batu kami mengharungi jalan yang bengkang bengkok tu, akhirnya kami sampai jugak kat atas.
Wah, memang sejuk dingin je. Nyaman dan mendamaikan. Jauh dari hiruk pikuk kota yang sibuk dan membingitkan.
Cikla rasa tempat ni sesuai untuk orang yang nak menenangkan fikiran, berehat dari kesibukan kerja dan pastinya sesuai sangat untuk pasangan pengantin baru. Ehem ehem, pengantin lama pun boleh jugak, keh keh keh.
Makan angin di Bukit Fraser, Pahang. |
Makan angin di Bukit Fraser, Pahang. |
Kami bersiar-siar di sekitar jam besar yang tertulis Bukit Fraser. Sempat jugaklah kami bergambar posing kat situ. Kebanyakan pengunjung pun datang lepak santai di kerusi-kerusi yang disediakan di situ. Lepas posing-posing, kami makan jap.
Makan angin di Bukit Fraser, Pahang. |
*sori cikla tak snap pun gambar kat tempat cikla makan tu, hehe. Dah kenyang kami isi perut, kami jalan jalan disekitar situ. Nampak pulak kedai cenderamata, so singgahlah kejap.
Encik suami beli 2 helai t shirt bertulis Bukit Fraser untuk kami, dan sehelai untuk kakak batrisyia. Kakak damia dengan adik ammar tak dapat sebab takde saizlah pulak, huhu. Takpelah takde rezeki mereka.
Lepas tu incik suami beli fridge magnet sebagai kenangan. Tak banyak pun kedai cenderahati kat situ. Yang cikla perasan satu je lah kot, huhu.
Makan angin di Bukit Fraser, Pahang. |
Masa kami nak turun untuk balik, kami singgah di The Paddock. Tempat orang nak tunggang kuda. Kepada sesiapa yang nak merasa menunggang kuda, silakanlah.
Bayaran dikenakan untuk sekali roun tunggangan, iaitu rm11. Hari tu, kakak Damia dengan adik Ammar je dapat naik kuda. Kakak Batrisyia tak nak naik, takut katanya, haha.
Makan angin di Bukit Fraser, Pahang. |
Makan angin di Bukit Fraser, Pahang. |
Makan angin di Bukit Fraser, Pahang. |
Walaupun kami tak bermalam kat sana pun, kira ok jugaklah pengalaman yang kami sekeluarga dapat di sana. Bagi cikla, Cameron Highland lagi best kot. Sebab banyak lagi tempat best kita boleh pergi. Lagi happening lah senang cakap!
wahh bestlahh.. ain belum sampai lagi bukit fraser ni.
ReplyDeleteJom jom...
Deletesaya dah klik nuff akak
ReplyDeleteThanks dik...
Deletetak ingat bila kali terakhir g bukit frazer
ReplyDelete