Menang giveaway : Baju kurung comel dari Koleksi RianaLittleCuties.

Hari tu cikla ada join giveaway yang dianjurkan oleh blog RianaLittleCuties. Alhamdulillah, cikla dapat vouchers pembelian sebanyak rm40 untuk setiap baju kurung kanak kanak. Syukurlah. Fikir punya fikir macam nak try je belikan untuk kakak damia. Try untuk kakak damia. Kalau ok, nanti nak belikan untuk kakak batrisyia pulak.

Sebelum tu, cikla nak cerita sikit pasal RianaLittleCuties ni. Rasanya ramai blogger dah kenal dan tau kan pasal blog ni. 

Blog ni ada menjual baju kurung kanak kanak yang comel comel semuanya. Kalau korang nak jalan jalan ke blog ni, klik SINI. Jemputlah singgah, boleh cuci cuci mata kat sini. Ok. 

So, berbalik kepada cerita cikla dapat voucher tu, cikla tanya kat hubby, hubby kata ok. Dengan pantas cikla deal dengan cik FIZA (tuan punya blog ni), bagitau ok set jadi nak beli.

Dah selesai urusan transfer men'transfer'. So, apa lagi tunggulah abang posmen datang bawak bungkusan, haha. Dan, akhirnya sampai jugak. Kakak damia tak sabar nak cuba baju kurung tu. So, tengoklah. Comel kan. Amboi, posing sakan kakak Damia dengan baju kurung baru ye, hehe.

Menang giveaway : Baju kurung comel dari Koleksi RianaLittleCuties.
Menang giveaway : Baju kurung comel dari Koleksi RianaLittleCuties.

Menurut Fiza, baju kurung ni dari material Japanese Cotton. So, kain jenis ni memang tak panas dan selesa untuk kanak kanak. Memang betul pun, kakak Damia sampai tak nak bukak bajunya. Dipakainya terus. Nak tunjuk pada kakak Batrisyia balik sekolah nanti.

By the way, thanks Fiza untuk baju yang comel tu. InshaAllah, kalau ada rezeki cikla beli dengan awak lagi, ok. Cikla puas hati. Korang kalau nak cuba baju ni untuk anak ke, anak sedara ke, boleh mampir ke blog sis ni ye. Pasti tak menghampakan.

3 comments:

  1. lama dah tadak anak kecil bermain dalam rumah....hahahahha...xpe saya bookmark dulu...mana tau dua tiga tahun lagi ada anak buah, boleh serbu kedai kak fiza...
    ^_^

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews