Hai, dah tidur ke? Mesti baru lepas layan cerita Aku pilih kamu kat TV3 tu kan? Cikla pun memang follow cerita ni dari awal ia ditayangkan. Makin lama tengok makin best pulak. Tak sabar nak tengok apalah sudahnya dengan cinta tiga segi, Qasya, Rizman, Adam tu.
Tapi, cikla geram betul dengan watak mak datin rambut karat dengan perempuan ala ala mat saleh celup tu, si Isabel. Eeee, geramnya. *teremosi pulak. Dah dah, jom kita baca sinopsis cerita ni dulu. Jom layan.
Tajuk drama : Aku pilih kamu.
Pengarah : Zul Huzaimy Marzuki.
Jumlah episod : 15.
Waktu siaran : Isnin hingga Rabu (10-11 malam).
Pelakon : Hafidz Roshdi (Rizman), Dayana Roza (Qasya Azara), Fazreen Rafi (Adam), Ryzal Jaafar (Farouk), Elizad Sharifuddin (Nadiya), Sasqia (Isabel), Zila Bakarin (Datin Rosnaida), Arash Mohd. (Datuk Mizal) dan Rahhim Omar (Tan Sri Zainal).
Ringkasan drama :
Aku Pilih Kamu mengisahkan tentang Qasya Azara seorang anak yatim berusia 12 tahun yang telah kematian ibu. Ayah Qasya seorang ahli perniagaan sentiasa sibuk dengan urusan perniagaan dan tidak dapat menjaga Qasya dan kakaknya.
Kakak Qasya dibawa ke kampung untuk tinggal bersama nenek manakala Qasya pula tinggal bersama ayah kandungnya, ibu tiri dan dua adik tirinya. Qasya kerapkali didera dan kemudian dihalau pula oleh ibu tirinya.
Mujur Dato Mizal dan Datin Rosnaida telah mengambil Qasya sebagai anak angkat. Qasya disayangi oleh Dato Mizal dan Adam iaitu anak sulung kepada Dato Mizal.
Tetapi Datin Rosnaida dan dua anaknya yang lain iaitu Farouk dan Rizman sangat membenci Qasya. Mereka sering menghina dan mengasari Qasya. Qasya sentiasa bersabar kerana memikirkan kebaikan Dato Mizal dan Adam.
Bila Qasya dah dewasa, Dato Mizal menjodohkannya dengan Rizman. Dato Mizal yakin Qasya dapat mengubah perangai Rizman.
Biarpun berat untuk ditunaikan, Qasya tetap redha dan menganggap Rizman adalah jodohnya yang telah ditentukan Allah.
Rizman sangat membenci Qasya namun dia bersetuju juga dengan perkahwinan tersebut demi harta Dato Mizal. Adam begitu kecewa bila mendapat tahu Qasya dan Rizman bakal berkahwin.
Dia mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah dan keluar merantau mencari ketenangan. Kerana masih membenci Qasya, Datin Rosnaida mula merancang untuk menyatukan seorang wanita bernama Isabel dengan Rizman.
Dia dan Isabel berpakat untuk memerangkap Rizman. Qasya terpaksa redha, menerima Isabel sebagai madunya.
Hakikatnya Isabel adalah adik tiri Qasya. Isabel dan Rizman kerap menyeksa Qasya. Mampukah Qasya terus redha dan bertahan?
Wah, bila baca sinopsisnya macam tak sabar pulak nak tengok apakah kisah seterusnya kan? Pelakon pun hebat-hebat belaka ni.
Bagi cikla, banyak pengajaran yang kita boleh dapat dari drama ni sebab rasanya kisah macam ni ada berlaku dalam kehidupan realiti.
So, ambil yang baik sebagai ikutan dan yang buruk sebagai tauladan dan pengajaran. Betul tak? Lagu tema drama ni pun best, nak dengar, on play kat bawah tu.
Kalau ada yang tak pernah tengok drama ni, sudi sudikanlah menengok, sebab drama ni memang best. Cikla bagi 10 bintang. Haha, banyak tu.
setiap minggu x penah miss tau cite ni..hehe
ReplyDelete