Tips elak berlakunya konflik antara suami isteri.

Orang kata, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri. Betul tak? Setuju tak kalau cikla cakap, mana ada hubungan yang sentiasa 'tenang', aman damai je. Mesti ada gaduh-gaduh manja kan. 

So, kat sini cikla nak share beberapa tips or cara yang boleh kita guna pakai untuk elakkan konflik berlaku antara suami isteri. Jom kita semak dulu apakah tipsnya.

Jangan buruk sangka.
Memang betul. Buruk sangka memang patut dielakkan. Bukan apa, kalau pasangan balik lambat sikit mulalah fikir yang bukan-bukan. Bila pasangan balik pulak, terus terjah tanya macam-macam. Patut tanya, dah makan ke dah minum ke. 

Ini tak, jenguk je muka pasangan kat pintu, terus serang. Tak elok macam tu. Tak salah kalau kita nak curiga, tapi semuanya kena ada had dan batas. Kalau kita bertanya dengan nada yang lembut, tak salah kot. Pasangan dengar pun takdelah terus nak melenting. Betul tak?

Terima kelemahan pasangan.
Bagi cikla semua orang ada kelemahan dan kelebihan. Kadang-kadang kita yang tak sedar, ada masanya kita rasa kita ni banyak kelebihan berbanding dengan orang lain, sedangkan orang melihat kelemahan kita. 

Dalam membina hubungan yang harmoni, saling menerima kelemahan masing-masing adalah penting. Terima semua kelemahan dengan hati terbuka dan sepatutnya kita sama-sama berusaha mengatasi kelemahan yang ada. 

Paling tak pun bagilah dorongan dan semangat pada pasangan. Ingat, takde manusia yang sempurna.

Jangan simpan masalah.
Cikla selalu dengar orang cakap jangan lari dari masalah. Kita kena berani hadapi masalah dan cuba untuk selesaikannya. 

Jangan simpan masalah sebab ia akan jadi bertambah buruk dan rumit. Selesaikan masalah yang timbul walaupun hasilnya nanti amat pedih untuk diterima. Itu lebih baik, kan.

Tips elak berlakunya konflik antara suami isteri.
Tips elak berlakunya konflik antara suami isteri.

Bawa berbincang dan bersikap terbuka.
Berbincang adalah jalan terbaik untuk selesaikan masalah. Cakap baik-baik dan bukannya bergaduh dan saling menyalahkan antara satu sama lain. 

Cuba untuk bersikap terbuka supaya semua masalah dapat diselesaikan dengan tenang. Menyelesaikan masalah dengan jiwa kusut memang tak selesaikan masalahnya.

Dapatkan nasihati dari yang pakar.
alau dah cuba nak settle kan masalah tapi tak settle settle jugak, apa kata dapatkan nasihat dari yang pakar. 

Contohnya kaunselor. Mereka lebih 'berilmu' dan mungkin mempunyai penyelesaian yang lebih bernas. Tak salah kan.

Kawal diri dan emosi.
Inilah yang terpenting sebenarnya. Jangan terlalu beremosi dalam menyelesaikan masalah. Kalau emosi yang menguasai, masalah tak kan selesai malah bertambah rumit. Salah seorang mesti cool dan tenang.

Komunikasi.
Komunikasi berkesan memang penting. Suami isteri mestilah sentiasa berkomunikasi tak kiralah dalam apa jua keadaan supaya si isteri atau si suami tahu kalau pasangannya ada masalah atau tak. 

Jangan pendam diam je, siapa pun tak kan tahu apa masalahnya. Ye idak.

Cikla bukannya nak cakap cikla pandai macam doktor cinta. Tapi, tak salah kalau kita saling berkongsi tips kan. Lagipun, ini beri panduan pada cikla jugak supaya hubungan dengan suami lebih erat dan berkekalan. Amin.

Jom kita amalkan sama-sama.

Sumber : Facebook.com/beritahangat.

2 comments:

  1. tips yang sangat berguna utk masa akan datang! thanks for sharing cikla...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.