Biasalah kan, cikla rasa setiap tahun kot kalau awal tahun mesti keadaan panas melanda negara kan. Macam tahun tahun lepas jugak, awal tahun je cuaca panas kering datang memunculkan dirinya. Keadaan ni sering dikaitkan dengan fenomena El Nino. Kita sebagai hambanya, redha dan terima keadaan ni dengan hati yang lapang dan anggap ini sebagai ujian dari Allah SWT. Walau apapun, kita kena ambil langkah langkah untuk mengelakkan diri kita daripada mengalami risiko strok haba yang boleh dikatakan bahaya jugaklah.

Strok haba adalah keadaan di mana badan seseorang mengalami kekurangan air menyebabkan suhu badan meningkat dan orang itu berpeluh lebih daripada biasa. Ada sesetengah orang yang kurang meminum air masak, lepas tu suka pulak mengambil minuman berkafein, bergula dan beralkohol. Kalau nak tau, tabiat ini akan mendedahkan mereka diserang strok haba kalau terdedah kepada cuaca panas.

Strok haba kesan dari El Nino.
Strok haba kesan dari El Nino. Kredit Google. 

Pekerja di tapak pembinaan yang sentiasa terdedah kepada cahaya matahari, warga emas, pesakit jantung, kencing manis dan darah tinggi juga berisiko diserang strok haba. Kanak kanak juga dan mereka yabg mengalami demam (selain cirit birit) juga kena selalu peka dengan perubahan pada suhu badan mereka untuk elakkan strok haba menyerang.

Sebenarnya, kalau kita terlalu lama kepada cuaca panas, keadaan ini akan menyebabkan sakit kepala, berpeluh lebih dari biasa, loya, muntah, cepat letih dan lebih teruk lagi berlaku kekejangan. Yang paling ditakuti adalah, kesan strok haba juga boleh membawa maut.

So, marilah kita semua mengambil langkah langkah yang sepatutnya supaya diri kita terhindar dari strok haba.

~alhamdulillah, 2 hari ni hujan. Sejuk sikit.