Khasiat buah delima untuk cantik.

Siapa kat sini tak kenal buah delima? Takkanlah kot. Kalau korang nak tau, buah delima sebenarnya berasal dari negara Timur Tengah. Pokok hanya berketinggian sekitar 4-9 meter.

Delima memang buah yang sedap dan manfaatnya pun banyak, sebab ia kaya dengan pelbagai vitamin seperti C, A, dan E serta mengandungi antioksidan dan zat besi yang mana ia mampu melambatkan proses penuaan dan beri kebaikan pada kulit kita. 

Dulu, kat rumah wan cikla di kampung ada pokok ni. Tapi, sayangnya dah mati pulak pokoknya, huhu.

Berkhasiat sangat ke buah delima ni?

Ya, macam yang cikla cakap sebelum ni memang banyak khasiatnya buah ni, iaitu;

Khasiat buah delima untuk cantik.
Khasiat buah delima untuk cantik. Gambar dari google.

  1. Membantu atasi masalah kulit, contohnya pigmentasi dan bintik hitam kerana ia mampu melindungi lapisan luar kulit dan memperbaikinya dari dalam di samping ia boleh menyembuhkan luka.
  2. Nyah kau jerawat! Delima juga dikatakan dapat mengatasi masalah jerawat sebab ia mengandungi vitamin C yang boleh mengatur pengeluaran zat berminyak yang diserap kulit. Ia juga mampu atasi masalah pencernaan dan tingkatkan peredaran darah supaya jadi lebih sihat. Keadaan ini dapat membantu menghilangkan jerawat juga. 
  3. Atasi kulit kering sebab delima mengandungi struktur molekul kecil dan mampu meresap ke dalam kulit, sekaligus atasi masalah kulit kering, dengan memberikan kelembapan semulajadi kepada kulit. 
  4. Atasi kulit berminyak, sebab delima mengandungi minyak delima yang berguna untuk atasi kulit yang berminyak dan atasi kedutan pada kulit. 
  5. Cegah proses penuaan dengan mengambil buahnya atau jusnya secara konsisten. Ia dapat meremajakan kulit kita dan melambatkan proses penuaan kulit wajah kita. 
  6. Lindungi kulit dari sinaran matahari kerana ia mengandungi antioksidan yang tinggi yang mana ia penting dalam mencegah kerosakan kulit disebabkan radikal bebas dari sinaran matahari.

Wah, banyaknya khasiat buah ni kan? Dalam Al Quran pun ada disebut tentang kebaikan buah delima ni. Cikla pernah jugak dengar orang cakap yang ibu mengandung pun elok makan buah ni. Baik untuk perkembangan baby. 

Jom makan buah delima.

Sumber dari ruangan HATI (harian metro).

No comments:

Powered by Blogger.