My pregnancy story : Sudah 26 minggu.... Alhamdullilah....

Semalam cikla pergi monthly pregnancy checkup. Alhamdullilah, dah masuk 26 minggu pun. Syukurlah, setakat ni semuanya baik baik aje, and cikla hope semuanya akan dipermudahkan sampai cikla melahirkan nanti. Aamiin. 

Rasa macam kejap je dah nak masuk trimester ketiga. Rasanya baru je dapat tahu diri ni pregnant, and sekarang ni dah pun masuk 6 bulan dah. Pregnant  kali ni takdelah banyak sangat 'ragam' dan ' kerenah' nya. Cuma kadang-kadang rasa letih je, and mengantuk sokmo. Pembawakan budak barangkali. 

Tapi, bagi cikla pregnant kali ni memang banyak 'dugaannya'. Mana taknya, dulu masa mengandung anak baru berapa. Sekarang ni anak dah 3 nak masuk 4 pun. So, kadang-kadang penatnya sebab melayan kerenah anak anak yang 3 orang tu. 

Lain anak, lain ragamnya. Ahmad Ammar pun dah banyak akalnya. Makin ligat dan aktif. Kakaknya yang 2 orang tu pulak, makin banyak ragamnya, dua-dua kuat merajuk dah sekarang. Adussss, pening ibunya nak layan semua. Hihi.

My pregnancy story : Sudah 26 minggu.... Alhamdullilah....
My pregnancy story : Sudah 26 minggu.... Alhamdullilah.... Image credited to google.

Semalam masa checkup, semuanya ok. Dari badan berat badan (58 kg je) sampailah ke bacaan HB dan lain lain. Jantung baby pun dah boleh dengar, dup dap dup dap. Baby pun sihat. Dah pandai tendang-tendang manja pun. Kadang-kadang mengeliat kot. Geli perut pun ada. 

Sebenarnya, inilah moment terindah yang tak boleh digambarkan macam mana seronoknya dan tak boleh nak lupa. Cikla pun takde masalah. Tapi, serius cakap, walaupun cikla dah pernah melahirkan 3 kali sebelum ni, perasaan gementar masih lagi ada bila memikirkan saat saat nak melahirkan nanti. 

Makin dekat tarikh due, makin berdebar debar pulak. Hihi. Walauapapun, doakan cikla ye. Semoga semuanya dipermudahkan dan selamat. 

My pregnancy story : Sudah 26 minggu.... Alhamdullilah....
My pregnancy story : Sudah 26 minggu.... Alhamdullilah.... Image credited to google.

Mengandung yang ni cikla macam tak boleh pulak nak 'telan' air susu. Loya je nak telan, rasa nak keluar balik je. Tapi, setiap kali checkup, misi mesti suruh minum susu. 

Entah susu apa ntah yang boleh 'kena' dengan tekak cikla ni. Korang ada cadangan tak? Kepada ibu ibu yang sedang mengandung, take care tau. Semoga dipermudahkan semuanya nanti.

4 comments:

  1. Alhamdulillah...nikmat sangat bila dapat lalui pengalaman inikan..Allahu..doakan untuk PC juga ya moga diberi merasa nikmat ini..amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikla doakan semoga PC akan dapat merasai indahnya detik detik sepanjang tempoh kehamilan. Amin.... Apa yg penting banyakkan doa dan usaha.. Ok.. Good luck..

      Delete
  2. Alhamdullilah. Siqah tumpang teruja dan gembira membaca entri ni. Semoga cikla dan baby sentiasa sihat dan dipermudahkan segalanya. Doakan untuk siqah juga ye agar dapat merasa keindahan kehamilan :) Terima kasih cikla :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Tahniah cikla.. jaga kandungan elok-elok ye.. InshaaAllah, semoga Allah permudahkan segalanya.. Aamiin

    ReplyDelete

Powered by Blogger.