Anak diejek, Marian Rivera sedih.

Siapa kat sini peminat tegar Marian Rivera? Cikla bukanlah peminat tegar selebriti cantik ni, tapi ada jugak telenovela lakonan dia yang cikla tengok. 

Lakonannya memang jarang mengecewakan. Boleh dikatakan semua cerita lakonannya meletoppsss lah.

Macam yang kita dah tau, Marian mendirikan rumahtangga dengan pelakon kacak Dingdong Dantes dan dah pun dikurniakan seorang anak perempuan. 

Puteri sulung mereka yang bernama Maria Letizia atau nama panggilannya baby Zia tu dah pun berusia 5 bulan dan dah banyak jugak muncul dalam majalah dan iklan komersial. 

Biasanya, mak bapak glemer, tentulah anaknya pun turut terjebak kan. Hihi. Dah tentu dapat perhatian jugak kan.

Apa yang menjadi 'isu'nya di sini adalah tentang 'ejekan' pengikut Instagram terhadap puterinya tu, yang mana mereka 'mengejek' Zia warga kulit hitam. 

Yelah, ibu mana yang tak sedih dan terasa hati bila orang cakap anak dia macam tu kan? Tapi, biasalah kalau dah artis mesti ada risiko macam ni, nak nak pulak kalau kita terlalu 'exposed' hal kita pada peminat.

Cuba tengok gambar baby Zia tu, cantik comel je cikla tengok. Muka mix adalah. Tang mana yang 'warga kulit hitam' tu pun cikla tak tau. 

Tapi, dah lumrah kot mulut manusia memang macam tu. Kalau dah jenis mulut tempayan tu memang susah nak tutup kan. 

Ringan je mulut tu nak mengutuk. Ada aje. Anak orang tu hitamlah, anak orang ni tak comellah. Macam macam. Padahal diaorang tu tak sedar yang diaorang tu sedang mengutuk ciptaan Tuhan tu.

Bagi cikla kalau nak mengomen tu berpada pada dan pastikan jangan sampai melampaui batas. Jaga sikit perasaan orang lain. Cuba bayangkan awak di tempat dia, apa perasaan cuba habaq mai. 

Oklah, jaga jaga mulut ye. Tangan tu pun kalau boleh taip dan komen yang baik baik.

Sumber : Ruangan RAP, Harian Metro.

10 comments:

  1. kalau kita tak suka orang buat pada kita tolonglah jangan buat pada orang lain...kesian...kalau tak suka jangan ambil pusing..kalau ambil tahu dengan tujuan nak mengutuk...sedih je rasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la. Kdg2 pelik dgn perangai manusia ni... Ada aje yg tak kena...

      Delete
  2. warga kulit itam? lorrh, punya putih melepak gitu pun kata hitam..ish3..

    ReplyDelete
  3. tang mana hitam? hahaha albino baru putih kut XD

    ReplyDelete
  4. Agaknya orang yang bercakap tu buta warna ke? Aigoo ~ comel cantik cerah je tengok baby zia. Rasa nak peluk cium je :)

    ReplyDelete
  5. Cantik comel anak Dingdong dan Marian.. tak de cacat cela.. yang cacat celanya manusia yang bercakap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Manusia ada aje yg tak kenanya. Pandai kritik je...

      Delete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews