Bukan hanya sekadar sekeping kad...

Rasanya ramai lagi ibu yang masih meraikan hari ibu kan. Tak kiralah sama ada diraikan atau meraikan. Tengah hari tadi, anak cikla yang sulung kakak Batrisyia balik je dari sekolah terus je berlari lari mendapatkan cikla. Nampak macam excited je dia. Rupanya dia nak bagi cikla kad hari ibu yang dia buat sendiri. Tengok tu.

Bukan hanya sekadar sekeping kad...
Bukan hanya sekadar sekeping kad...

Usaha seorang kanak-kanak berusia 6 tahun. Kira not bad lah kan. Walau apapun bentuk rupa kadnya, ibu tetap terima dengan hati terbuka. Yang penting dia bersungguh-sungguh nak buatkan kan. Terima kasih kakak.

Bukan hanya sekadar sekeping kad...
Bukan hanya sekadar sekeping kad...

Pada ibu-ibu seluruh Malaysia dan dunia, termasuklah diri sendiri, mak cikla dan semua yang telah menjadi ibu, cikla nak ucapkan Selamat Hari Ibu. Semoga kita sentiasa kuat dan tabah menghadapi dugaan dan cabaran dalam membesarkan anak-anak demi melihat mereka berjaya di masa depan kelak. Memang besar pengorbanan kita sebagai seorang ibu, dan harapnya ada yang menghargai diri kita ini. Bukan wang ringgit dan harta yang menjadi dambaan dan balasan, cukuplah sekadar menghormati, menghargai dan menyayangi diri kami seadanya. Itu pun dan cukup.

6 comments:

  1. titis air mata kalau dpt kad macam ni...all the best cik la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Lagi2 kalau anak kita yg umurnya baru 'nak hidup' kata org... Terharu sgt...

      Delete
  2. Kadang2 tak perlu hadiah yang mahal2 untuk ambil hati ibu ni.. cukuplah dengan kad seperti ini.. mesti ibu2 suka dan terharu..

    ReplyDelete
  3. Anonymous09 May, 2016

    singgah jalan-jalan http://jmbelog.blogspot.my/

    ReplyDelete
  4. Seronoknyaaa. Rasa dihargai bila dapat kad daripada anak tersayang :)

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews