Tanda awal hamil; minggu pertama.

Patutnya entri ni awal-awal dulu cikla dah update kan. Tapi, takpelah kan. Janji niat cikla nak kongsi ilmu pengetahuan. Betul tak? 

Lagipun, cikla rasa cikla kena share pasal ni sebab ia penting untuk diketahui, terutama pada perempuan yang pertama kali mengandung.

Mungkin dia tak sedar yang dia mengandung, just berpandukan pada kelewatan datang period. Itu je. 

Sebenarnya ada banyak lagi tanda yang menunjukkan seorang perempuan itu 'berbadan dua'. Dah dah, jom baca apa yang cikla nak share ni.

Pada masa awal mengandung, korang akan cepat rasa penat walaupun hanya buat kerja ringan je. Kalau yang ni memang cikla alami masa awal-awal mengandung dulu. 

Ini disebabkan oleh meningkatnya hormon progesteron yang mana ia penting untuk menyokong kehamilan dan pertumbuhan baby. 

Walaupun begitu, hormon ni memberi kesan melambatkan metabolisme pada badan kita. So, ambillah makanan yang sesuai untuk atasi masalah ni. 

Lepas tu, korang akan hilang selera makan. Kau hidanglah apa je kat depan dia, walaupun makanan kegemaran, memang tak lalu jugak dia nak makan. 

Kalau korang nak tau, keadaan ni disebabkan oleh rasa mual yang dialami. Tapi, jangan risau. Ni adalah normal bagi perempuan yang mengandung awal trimester pertama. 

Kalau cikla pulak, masa mengandung kali pertama memang steady je. Tak mabuk, tak mual. Makan pun selera je. Tapi, mengandung seterusnya ni nafsu makan macam berubah pulak. Mual mabuk semua ada. Pembawakan budak lain-lain kot. Huhu.

Dahlah hilang selera makan, lepas tu mengidamlah pulak. Tekak tu asyik teringin nak makan sesuatu. Pantang tengok makanan terutamanya kat tv tu, mulalah teringin. 

Cakap kat suami suruh carikan, siap bagi alasan bukan kita yang teringin tapi baby dalam perut ni. Hehe. Boleh tak camtu? Tapi, jangan mengidam makanan yang pelik-pelik sudahlah ye. Nanti pening pulak encik suami nak carikan. Hihi.

Hidung pulak mulalah 'sensitif' kepada bau yang berada disekeliling, biasanya bau ikanlah, bau makananlah dan ada yang paling haru bau badan suami pun dia sensitif. Busuk katanya. Haha. 

Jangan marah ye encik suami, itu memang normal, sebab ia adalah kesan dari peningkatan kadar hormon. Bersabarlah layan kerenah isterimu itu.

Morning sickness, memang tak boleh nak elak. Jangan ingat sebab namanya 'morning sickness' ia berlaku pada waktu pagi je, tapi ia mungkin boleh jugak berlaku pada waktu petang, malam atau bila bila aje. 

So, atasilah ia dengan memakan buahan yang juga baik untuk ibu hamil, atau apa-apa makanan yang sesuai.

Selain itu, korang akan selalu buang air kecil, sebab meningkatnya kecekapan buah pinggang dan adanya 'pertumbuhan' rahim *uterus yang press pundi kencing, di samping peningkatan jumlah cecair dalam badan sepanjang kehamilan. 

Di samping korang akan mengalami perubahan fizikal tubuh seperti perubahan saiz pada payudara, saiz badan lebih besar dan 'alat sulit' alami perubahan warna.

So, selain kita membuat ujian kehamilan dan berjumpa doktor, kita kena peka jugak dengan tanda-tanda yang lain. 

Lagi awal lagi bagus sebab sekiranya ada apa-apa masalah, boleh di atasi di peringkat awal dan ini boleh menyelamatkan baby dan ibu.

Sumber : Catatan Kehamilan.

2 comments:

  1. Hihi. Kalau ada apa-apa perangai masa mengandung, memang pembawakan budak lah namanya ye :D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.