Didik anak cara Aishah Sinclair.

Siapa yang tak kenal kot dengan selebriti dan personaliti tv popular ni, Aishah Sinclair. Rupanya Aishah ni dah ada dua anak rupanya. Alhamdullillah.

Sebagai ibu yang berkerjaya dan sentiasa sibuk dengan urusan kerja, mesti kekangan masa untuk anak dan keluarga agak terbatas kan? 

Tapi, itu bukanlah masalah kalau si ibu bijak bahagikan masa antara kerjaya dan keluarga. Bak kata orang, sambil menyelam minum air, *ehh betul ke peribahasa tu? Hihi.

Jom kita baca apakah cara Aishah membahagikan masanya antara kerja dan keluarganya. 

Manalah tau kot-kot ini akan bagi ibu-ibu semua inspirasi, nak-nak pulak selama ni macam pening je sebab terkejar sana terkejar sini demi memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan.

1. Guna dan seimbangkan penggunaan gajet dengan cara yang betul. Kalau tengah makan tu, pastikan takde apa-apa gajet atau tablet berada sama di meja makan. Lagipun, orang cakap masa makan merupakan masa untuk keluarga. Kalau nak tengok tv pun, ada masa-masa tertentu, dan yang paling penting guna gajet dengan bijak.

2. Sentiasa mengatur rutin harian sebaiknya. Kalau kebiasaan kita mengambil anak di sekolah, lakukan dengan jadual yang betul. Tapi, kalau kita tak dapat mengambil anak pada masa itu, hantar orang lain untuk menggantikan kita.

3. Begitu jugak kalau kebiasaan kita membacakan buku untuk anak sebelum tidur, jangan sesekali mengelak untuk melakukannya. Utamakan waktu harian yang penting dan khas untuk anak. So, anak akan rasa dihargai dan sentiasa diberi perhatian.

Didik anak cara Aishah Sinclair.
Didik anak cara Aishah Sinclair. Image credited to google.

4. Kalau boleh, janganlah bekerja di hujung minggu. Luangkan masa cuti untuk mereka. Cukuplah sekadar menemankan mereka  bermain di taman permainan, atau pergi ke tempat kegemaran mereka. Anak pasti happy sebab ibu bapa berada dengan mereka. 

5. Kalau terpaksa 'membawa' kerja di pejabat pulang ke rumah, terangkan pada anak keadaan sebenar yang berlaku. Kalau boleh, buatlah semua kerja tu setelah anak dah tidur. Kalau sebaliknya, cuba ganti balik masa yang digunakan untuk menyiapkan kerja tu semua.

6. Kalau stress, jangan lepaskan perasaan tu pada suami dan anak. Sepatutnya anak dan keluarga boleh menjadi salah satu alat realese tension.

7. Cuba fahamkan majikan akan tanggungjawab kita selain dari tugas rutin di pejabat. Tak salah kot kita nak suarakan pendapat kita pada majikan sebab sepatutnya majikan perlu mendengar 'luahan' pekerjanya.

Apa yang penting, ibu-ibu semua kena bijak menyusun waktu supaya tanggungjawab di rumah dan di tempat kerja sama-sama terjamin. Lagipun, anak-anak pun tak akan rasa terabai atau kurang perhatian walaupun ibu ayahnya sibuk berkerja.

Sumber : Ruangan Panduan Ibu Muda.

2 comments:

  1. bagus jugak cara aishah sinclair didik anak-anak

    ReplyDelete
  2. tips yang baik...insyaallah cuba diamalkan...perkognsian yang hebat

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews