15 May 2016

Kalau nak turunkan berat badan, elakkan dari melakukan ini....

Kadang-kadang pelik jugak kan, macam-macam kaedah diet dah cuba, kawal makan dan elak makan apa yang boleh menaikkan berat badan, tapi berat badan still mantain gitu jugak. Itu belum lagi kita cuba macam macam petua. Betul tak?

Pernah tak terfikir kenapa boleh jadi macam tu? Apa agaknya yang kita kena elakkan supaya apa yang kita usahakan itu berhasil dan memuaskan hati. Jom baca apa yang cikla nak share ni. Manalah tau ada yang kita buat, itu sebab berat kita tak turun turun. Jom jom.

Kalau nak turunkan berat badan, elakkan dari melakukan ini....
Kalau nak turunkan berat badan, elakkan dari melakukan ini.... Image credited to google.

Makan makanan yang terlalu masin dan berlemak.

Kalau boleh, elakkanlah ye, sebab ia akan menjadikan kalori semakin bertambah sampai jadi lemak yang degil. Makanan yang masin jugak kena kurangkan sebab ia boleh sebabkan hipertensi dan kalau badan kita mengandungi terlalu banyak garam, ini akan menyebabkan cairan tubuh terkumpul dalam badan. Sebab itulah, berat badan susah nak turun turun.

Kerap stress.

Kalau kita stress, ini akan menggalakkan penghasilan hormon kortisol yang mana ia akan merangsang nafsu makan kita, di samping melambatkan metabolisma serta peningkatan tompokan lemak di bahagian perut. So, lakukanlah aktiviti yang boleh mengurangkan rasa stress supaya diri terhindar dari tekanan.

Selalu berjaga malam.

Kalau korang nak tau, ada kajian mengatakan kalau kita kurang tidur akan tingkatkan hormon lapar dan menurunkan hormon rasa kenyang. Selain tu, ada jugak kajian mengatakan kalau seseorang itu tidur kurang dari 4 jam sehari, akan menyebabkan mereka berpeluang mengalami obesiti sehingga 73% lebih tinggi dari orang yang tidur 7-9 jam sehari. Wah.

Makan bukan di meja makan.

Maknanya makan di depan tv, sambil membaca atau bermain gajet. So, kita tak akan dapat 'menikmati' makanan dengan sepatutnya. Sebab, kita akhirnya mudah terdorong untuk mencari 'sesuatu' untuk dikunyah dan kalori yang kita makan pun susah nak dikawal. So, beringatlah ye.

Kurang bergerak.

Sambil-sambil kerja kita boleh jugak lakukan senaman ringan seperti aktiviti regangan tangan dan kaki dengan menyilang-nyilangkan atau ayun ayunkan kaki dan tangan sambil duduk. Jangan tak tau, kalau kita buat macam ni pun dah boleh bakar kalori, daripada kita duduk duduk saja berjam-jam. Betul tak?

Elak produk tenusu.

Sebenarnya kalau kita ambil yogurt bebas lemak, keju atau susu rendah lemak dalam 3-4 kali sehari mampu usir 70% lemak dari badan. Kalau korang nak tau, kalsium dari susu berfungsi memerintah badan membakar lebihan lemak. So, jom minum segelas susu bebas lemak masa bersarapan, segelas yogurt rendah lemak pada waktu siang dan segelas susu bebas lemak pada waktu petang. Jom ubah rutin kita. Semuanya demi kurus.

Bagi cikla, semuanya kena bermula dari niat. Niat yang tekad untuk melakukan ini. Kalau setakat 'berangan' atau cakap cakap aje, baik tak payah kan. Nak kurus bukan semata nak nampak cantik, tapi lebih kepada menjamin kesihatan kita.  Cantik tu 'bonus' je kata orang.

Sumber : Ruangan Diet.

3 comments:

  1. wahhh bagussss nii..nk kena elakk. hehehe.

    ReplyDelete
  2. Tips yang bagus sebelum memulakan sesuatu diet.

    ReplyDelete
  3. Hihi. Semuanya berpandu pada niat kita, dan usaha untuk kurus. Kalau setakat cakap, memang tak ke mana lah perginya ye tak.. Hihi

    ReplyDelete