Sejuknya pagi ni.....

Korang apa khabar pagi ni? Cikla macam biasa je, alhamdullilah sihat. Pagi ni pun sejuk dingin je. Subuh tadi hujan lebat, dekat nak siang jugaklah hujan baru berhenti. Mujur masa anak anak nak pergi sekolah hujan dah berhenti. Kalau tak, habislah jadi alasan depa tak nak gi sekolah.

Sejuknya pagi ni.....
Sejuknya pagi ni..... Image credited to google. 

Sekolah pun ada lagi 4 hari je sebelum cuti sekolah penggal pertama bermula. 2 minggu pulak tu. Memang riuh rendahlah umah ni kang dengan 3 beradik tu. Ermm. 

Bulan puasa pun dah nak memunculkan diri. Sekejap je dah tiba bulan puasa lagi kan? Semoga kita akan mendapat keberkatan dari kemuliaan bulan Ramadan kelak. InshaAllah. 

Jom kita perbanyakkan amalan. Yang mana berkerja tu, kerjalah dengan dedikasi dan penuh amanah serta bertanggungjawab. Jangan 'mengulo' je. Hihi.

Pada yang masih belajar tu, belajarlah dengan bersungguh sungguh. Berusaha tanpa jemu sehingga tercapai apa yang diimpikan. Cikla doakan korang akan dapat apa yang korang nak. Aamiin.

2 comments:

  1. Kat cne pun sejuk hujan semlman

    ReplyDelete
  2. Kan cikla. Dah dekat dengan bulan ramadhan. Sekejap je masa berlalu. Makin lama makin awal tahun kita sambut Ramadhan kan.

    Cuti sekolah dah eh next week? Yeayyyy! Tandanya jalan tak sesak. Hihi. Mesti riuh rendahlah rumah cikla ada anak-anak 24 jam. Seronok!

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews