5 May 2016

Amalkan sunnah Rasulullah; cara mengumpul pahala dengan mudah...

Orang cakap nak buat pahala bukannya susah, begitulah jugak sebaliknya. Semuanya bermula dari niat dan kesungguhan seseorang itu untuk meraih apa yang terbaik untuknya di 'sana' nanti. InshaAllah.

Kalau korang nak tau, salau satu amalan mudah yang kita boleh lakukan untuk mendapat 'pahala free' bak kata orang adalah dengan mengamalkan sunnah sunnah Nabi. Jom kita semak apakah amalan baginda yang boleh kita jadikan ikutan. Baca sini.

  1. Menjaga pandangan mata kita terutama terhadap yang bukan muhrim. Elakkan melihat mereka dengan pandangan minat sebab ia boleh menghilangkan nikmat ibadah kita selama 44 hari. Nauzubillah. 
  2. Garam adalah penawar yang paling mujarab dan boleh menghalang sihir. Celuplah jari kelengking dalam garam, kemudian menghisapnya sebelum dan selepas makan.
  3. Minumlah dengan menggunakan tangan kanan sebab syaitan minum menggunakan tangan kiri. Jangan ikut syaitan tau.
  4. Bila nak masuk ke dalam masjid, masuklah dengan dimulai dengan kaki kanan, lepas tu bila nak keluar pulak dahulukan dengan kaki kiri. Macam tu jugak kalau nak masuk dalam rumah, mulai dengan kaki kanan, dan kalau nak keluar rumah pulak guna kaki kiri dulu. 
  5. Rasulullah selalu makan buah kurma dengan menggunakan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu, sebab adanya enzim yang berkhasiat pada ketiga tiga jari ni. So, lepas ni amalkanlah ye.
  6. Rajin-rajinlah menggunting bulu, sebab diriwayatkan bila lelaki atau wanita tak menggunting dan mengemas bulu kemalu** dan ketiak selama 40 hari, makan iblis akan bersarang dan berbuai di situ. Waallahualam. 
  7. Nabi SAW tak suka pada mereka yang suka bersiul, sebab ketika mula muka iblis dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul dan mereka yang suka bersiul itu adalah penghibur iblis.
  8. Cara memotong kuku tangan adalah dengan memulakan dari jari telunjuk kanan terus ke kelengking kanan, kemudian di sambung dengan kelengking kiri sampai ibu jari kiri dan membawa ke ibu jari kanan.
  9. Panjang lengan baju Rasulullah adalah hanya sampai ke pergelangan tangan je, ia tak pernah meleret leret sampai nampak merimaskan.
  10. Baginda juga selalu pakai celak ismid *dari galian sebab ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Pada setiap malam, akan dicalitkan 3 kali pada mata kanan dan kiri.
  11. Berwuduklah sebelum tidur, sebab baginda tak pernah sekalipun tidur tanpa berwuduk dan bersugi. Lagipun, ini merupakan amalan yang dirahmati dan dapat menghindarkan diri kita dari gangguan iblis dan syaitan.
  12. Memotong misai dan menyimpan janggut lebih afdal kalau dengan jambang sekali. Ia akan memberi pahala berterusan selama kita menyimpannya. Orang lelaki kena tau ni.

Tak susah pun kan semua sunnah baginda ni. Kalau sebelum ada yang kita tak buat, jom kita mulakan secara perlahan lahan.

Sumber : Ruangan Kisah Teladan Rasulullah.

No comments:

Post a Comment