Ada perempuan yang mengalami 'masalah' bengkak kaki masa pregnant. Tapi, macam cikla pulak alhamdullilah, cikla pregnant sebelum ni, tiga-tiga takde masalah bengkak kaki.
Sekarang ni cikla sedang pregnant anak keempat *inshaAllah pun takde alami masalah ni.
Kenapa agaknya keadaan ni berlaku ye? Kalau ibu-ibu semua nak tau, ini disebabkan kaki 'terpaksa' menampung berat badan berlebihan dari keadaan normal.
Semakin besar baby, semakin banyak cairan akan berkumpul di kaki dan makin lama semakin teruk serta bengkak nak-nak pulak kalau semakin dekat hari melahirkan.
Sebenarnya masalah ni takdelah membahayakan ibu dan baby, tapi si ibu mesti rasa tak selesa dengan keadaan ini nak-nak pulak untuk bergerak.
Sebenarnya masalah ni takdelah membahayakan ibu dan baby, tapi si ibu mesti rasa tak selesa dengan keadaan ini nak-nak pulak untuk bergerak.
Tapi, ibu-ibu jangan risau ye. Meh baca ni, cikla nak share macam mana nak atasi masalah ni. Jom baca.
- Jangan berdiri terlalu lama sebab selain ibu akan merasa penat, keadaan ini akan menjadikan jantung mengepam darah ke kaki susah untuk kembali ke jantung di samping pembuluh darah yang kembali ke jantung tertekan oleh baby.
- Elak pakai kasut/sandal yang 'melilit' kaki. Sebaiknya pakai kasut yang sesuai untuk pregnant mummy, sebab kasut sebegini akan menyebabkan kaki bertambah bengkak di samping membuatkan kulit kaki kita melepuh atau melecet.
- Semasa tidur, tidurlah dengan posisi badan mengiring ke kiri sebab ini akan menyebabkan pembuluh darah bebas dari tekanan dan takde halangan untuk aliran darah kembali semula ke jantung. Kesan bengkak kaki dapat dikurangkan jugak.
- Bersenamlah *seperti swimming, walking dengan teratur supaya aliraran darah lebih lancar dan terhindar dari pelbagai jenis penyakit. Jangan lupa ambil makanan berkhasiat dan seimbang dan kurangkan pengambilan garam.
Bagi cikla, moment semasa mengandung memang tak boleh dilupakan sebab lain anak lain pengalamannya.
Jangan mudah putus asa dan lemah tapi sebaliknya sentiasa kuat dan bersabarlah. Ini merupakan cabaran untuk awak ibu-ibu semua.
Sumber : Ruangan Catatan Kehamilan.
alhamdulillah..masa pregnant tuari xde bengkak kaki pun...
ReplyDeleteAlhamdullilah. Murah rezeki cikla. Jaga diri baik2 ye :) Semoga cikla dan kandungan sihat semuanya :)
ReplyDelete