Kaitan mimpi dikejar dan saka.

Baru-baru ni adik cikla bercerita yang dia telah mengalami mimpi yang pelik dan agak mengerikan. Sampai terkeluar suara dia menjerit sebab terlalu takut. Terkejut suami dia yang tidur kat sebelah tu. Dia cakap dia 'mimpi dikejar budak'. Dia tanya cikla, apalah maksud mimpi tu kan?

Ermm, cikla ni bukanlah 'terror' sangat dalam bab menafsir mimpi ni.

Tapi, setahu cikla dan dari pembacaan yang cikla buat, kalau kita mimpi dikejar tu berkaitan dengan saka. Kesian jugak dengan dia, dah la dalam keadaan dia berbadan dua tu, pastu mimpi pulak yang pelik-pelik siapa yang tak risau.

Sebenarnya, perkara-perkara ghaib dan tak boleh nak tengok dengan mata kasar ni macam susah nak diceritakan. Tak percaya tak boleh jugak, sebab benda-benda ni memang ada. Dan kalau nak terlalu percaya pun, takut jadi khurafat pulak.

Berdasarkan sumber (Baca SINI).

Selalunya kalau kita mimpi kita  dikejar, berkemungkinan itu tanda adanya gangguan 'halus'. Jadi, kalau tu berlaku, cuba;

  1. Baca taauwuz : A’uzubillahi minas syaitanir rajim dan buat isyarat meludah ke kiri (3 kali).
  2. Kebas tempat tidur sambil membaca BISMILLAH.
  3. Terbalikkan bantal dan tepuk-tepuk sambil membaca SELAWAT NABI.
  4. Tadah tangan dalam keadaan berdoa dan baca: AL FATIHAH- AYATUL KURSI- AL IKHLAS- AL FALAQ- AN NAS.
  5. Tiup di tapak tangan dan sapu ke seluruh badan.
  6. Kembali tidur semula dalam posisi mengiring ke kanan. 
  7. Seeloknya sebelum tidur amalkan berwudhu dan solat taubat.

Kalau bermimpi bayi atau kanak-kanak pulak, ianya membawa maksud SAKA. Manakala, kalau kita bermimpi ternampak kanak-kanak atau bayi bermaksud saka itu cuba mendekati. Cuma jika mimpi menyusukan sendiri bayi itu suatu yang bahaya. Waallahualam.

Perkongsian ini sekadar untuk peringatan kita semua. Berhati-hatilah sebab ia memang ada.

2 comments:

  1. betul tu cik La, pstinya gangguan Iblis yang menjadikan mimpi buruk kita..satu amalan yang baik untuk kita lakukan sebelum tidur, semoooga di elakkan dari mimpi buruk, in shaa allah.

    ReplyDelete
  2. org2 tua katakan klu kita mimpi kita dgn budak or apa2 dgn budak tu mksudnya org khianat...wallaualam..

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews