Hang pi mana...

Hang pi mana, hang pi mana. Rasanya lagu ni antara yang meletopppsss kot sekarang ni. Tajuk lagu pun 'hang pi mana from Khalifah band'. 

Cikla pun first time dengar lagu ni bila suami cikla guna lagu ni untuk caller ringing tone telefon dia. 

Memula dengar tu, cikla cakap jugak kat dia. "Entah lagu apa tah yang pa guna tu. Hang pi mana. Hang pi mana.". Suami cikla sengih je bila cikla cakap macam tu.

Lepas tu, cikla dengar pulak lagu ni kat radio. Selalu cikla dengar Sinar.Fm. Memang kerap jugaklah radio ni mainkan lagu ni. Dalam sehari adalah 2, 3 kali jugak cikla dengar. 

Dah tu, bila dah selalu dengar, macam best pulak lagunya. Kira boleh 'masuklah' dengan telinga cikla ni. Dengar selalu pun tak bosan kot. Hihi.

Bagi cikla, lagu ni takdelah berat sangat. Lirik pun takdelah jiwang karat penuh dengan sastera yang susah nak difahami. 

Ayatnya pun senang nak ingat, walaupun dia guna loghat utara. Orang yang jiwa rock memang boleh layan gitu lagu ni.

Antara liriknya;

"Pagi pagi buta
Mak dan ayah dah tanya
Aku nak ke mana
Berseluar yankee
Baju bunga bunga
Duduk atas tangga."

Tengok liriknya pun ada diselitkan unsur nasihat.. Cuba baca ni.

"Anak anak mak ayah bukan tanya tanya saja
Depa tanya pi mana bukan mintak duit kita
Malu apa janji kerja janji tidak buat dosa
Memang cek nak habaq tunggu lepas solo gitar."

Nak tau lirik penuh, klik SINI.

Tapi, cikla terfikir jugaklah kenapa agaknya lagu lagu macam ni senang orang nak layan kan? Kalau budak budak pun sama, cepat je dia menghafalnya. 

Kadang-kadang tengok liriknya, takdelah guna ayat jiwang meleret guna bahasa sastera ke apa, tapi liriknya memang  sempoi, santai, lagi simple je. Ramai je orang boleh terima, tak kiralah orang dewasa malah kanak kanak pun.

Pendek kata, bahasa pun guna bahasa yang biasa kita cakap hari hari. Oklah, jom kita layan klip videonya pulak. Semoga terhibur, hehe.

Video credited to youtube. 

Dah habis dah. Thanks for reading.

1 comment:

  1. Siqah pun layan jugak lagu ni. Hihi. Betullah cikla. Sekarang lagu genre begini senang nak popular. Walaupun lirik gitu-gitu je. Rindu lagu zaman dulu yang lirik menusuk kalbu..

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews