Oh si mata panda....

By Cikla Shahril - May 06, 2016

OH SI MATA PANDA... "Ala, kenapa mata ni dah jadi macam mata panda pulak dah. Huhu..." Itu antara luahan sesetengah perempuan bila mereka dok belek-belek muka mereka kat cermin. Mata panda? Macam mana rupanya ek? Sebenarnya, kalau korang nak tau, mata panda ni adalah 'lingkaran hitam' yang wujud di sekitar mata. Kenapa ia berlaku? Ia berlaku sebab adanya sumbatan pada sirkulasi darah di sekitar mata sehingga kelihatan macam kantung mata kita berisi air.

Oh si mata panda.... 

Mmmm... penyebab masalah ni wujud adalah bila kita kurang tidur. Kita disarankan tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari, dan kalau kita kurang tidur dan mata jugak kurang rehat, inilah jadinya. Selain dari kurang tidur, penggunaan makeup yang berlebihan jugak boleh jadi punca. Nak-nak pulak kalau kita tak cuci makeup kita bersih-bersih, ha.. Siaplah... 'Bermata panda'lah awak nanti.

Nak ber'makeup' boleh je, tapi kenalah titikberatkan jugak kesihatan mata, takut nanti nak cantik punya pasal, 'masalah' lain pulak yang kita dapat. Betul tak?  Di samping tu, jangan dedahkan sangat mata kita pada pancaran sinaran matahari sebab ia boleh menyebabkan mata panda jugak. Sinar matahari yang baik adalah sekitar jam 6-10 pagi je, lepas waktu tu ia hanya akan bagi kesan negatif je pada mata dan jugak kulit.

Sebaiknya, kalau panas terik, pakai spek mata hitam untuk melindungi mata kita. Jagalah mata kita, aset berharga kurniaan Yang Maha Esa...

Nak tau rahsia 'cantikkan' mata? Baca  SINI <<Wah, cantiknye mata dia. Apa rahsianya??!>> dan ni ‹‹Nak terapi mata? Nah, tips murah dan mudah....››

  • Share:

You Might Also Like

0 Orang yang komen.