21 May 2016

Cara pernafasan yang betul mudahkan proses kelahiran.

Kalau dulu, masa nak bersalin anak pertama cikla memang 'zero knowledge' kata orang pasal hal ni. Maklumlah, anak pertama. 

Bukan tak buat research pasal ni sebelumnya, tapi masa baca tu, rasa macam yakin je boleh melaluinya walaupun ada rasa nervous dan berdebar-debar jugak.

Tapi, bila dah masuk labour room dan melalui detik detik melahirkan, semua yang dibaca dah lupa dah. Hehe. 

Jangan tak percaya walaupun sekarang ni cikla tengah pregnant anak ke-4 *alhamdullilah dah masuk 26 minggu pun tapi rasa berdebar debar still ada bila fikir masa nak melahirkan nanti. Orang cakap lain anak, lain pengalamannya. Betul tak?

Memang tak dinafikan mengetahui dan mempelajari teknik pernafasan yang betul semasa melahirkan adalah sangat penting, sebab ia akan dapat membantu kita melalui sepanjang tempoh melahirkan. 

Selain itu, cara yang betul dapat memaksimumkan oksigen dalam badan dan bantu kurangkan rasa sakit semasa bersalin serta membuatkan kita lebih bertenang. 

Jom kita baca apakah hal yang berkaitan dengan perkara ini, jom. Tapi, sebelum tu, cikla nak share kesan yang akan timbul kalau kita menggunakan cara pernafasan yang salah, iaitu;

  1. Bila kita berada dalam keadaan takut/gementar, ini akan menyebabkan nafas kita jadi cepat dan pendek. Otot yang berkaitan dengan proses kelahiran akan jadi sangat tegang. Bernafas pendek *panic breathing akan kurangkan bekalan oksigen dalam darah dan baby.
  2. Kalau kita tak bernafas dengan betul sebab nak 'curi' nafas, ini akan menyebabkan baby masuk semula ke saluran peranakan dan akibatnya proses kelahiran menjadi lambat dan panjang.
  3. Akan menyebabkan kemungkinan berlaku 'komplikasi' semasa melahirkan, seperti bahu baby tak melepasi faraj walaupun kepalanya sudah berjaya keluar. Selain itu, si ibu akan cepat letih. Si ibu tak perlu meneran terlalu banyak sampai terpaksa 'curi' nafas. Just relaks ok.

Kalau korang nak tau, penglibatan suami semasa bersalin jugak penting,  sebab tu suami juga digalakkan sama sama belajar dan berlatih tentang cara bernafas dengan betul. 

Biasanya suamilah yang akan menjadi 'peneman' isteri dalam labour room dan menjadi pembakar semangat semasa isterinya gigih meneran serta dapat kurangkan ketakselesaan si isteri tiap kali kontraksi terasa.

Peganglah tangan suami kita, sebab dengan itu kita akan berupaya turuti arahan dan tunjuk ajarnya untuk sama sama bernafas dengan betul. 

Itu sebabnya, si suami perlu belajar jugak macam mana cara yang betul dan sama sama bertenang supaya pernafasan kita lancar serta dapat kurangkan rasa sakit yang kita alami. 

Tapi, kena tengok hospital jugak, sebab ada yang benarkan suami masuk sekali dalam labour room, tapi ada pulak yang tak.

Antara cara pernafasan yang betul semasa meneran adalah, ikut gesaan yang datang melalui kontraksi untuk meneran bila bukaan cukup 10 cm. Boleh meneran beberapa kali selagi masih merasa gesaan untuk meneran.

Langkah demi langkah cara pernafasan yang betul;

  1. Fasa 1 : Air ketuban pecah. 
  2. Fasa 2 : Kontraksi bermula, menyebabkan kita rasa tak selesa. Mulakan teknik pernafasan yang dipelajari. 
  3. Fasa kontraksi awal : Mulakan pernafasan dalam. (Pernafasan dalam bermaksud dengan menarik nafas melalui hidung dan sebut dalam hati -re...., kemudian hembus nafas melalui mulut dan sebut -laaaaaks....)
  4. Masa tiada kontraksi : lakukan pernafasan normal. (Pernafasan normal bermaksud menarik nafas melalui hidung, kemudian menghembus nafas melalui mulut.)
  5. Kontraksi : lakukan pernafasan dalam. 
  6. Cukup 10 cm dan baby dah bersedia. Kontraksi, curi nafas dan tunggu arahan meneran. Pernafasan dalam dan teran sambil hembus kuat. Pernafasan normal dan tunggu kontraksi kedua dan buat pernafasan dalam dan teran.

Selain itu, ada beberapa persediaan teknik pernafasan yang betul, iaitu;

  1. Si ibu *jugak suami digalakkan ikuti kelas antenatal yang akan mengajar teknik bernafas dengan betul secara khusus, seawal minggu ke-25 mengandung
  2. Si ibu perlulah kerap bersenam untuk pastikan diri sentiasa segar, bertenaga dan ada stamina. Berenang jugak boleh menjadikan badan lebih relaks dalam air sebab tekanannya rendah selain dari penggunaan tenaga jugak rendah.

Bagi cikla, kita kena sentiasa bertenang semasa menghadapi detik detik kontraksi dan saat melahirkan. Banyakkan berdoa semoga dipermudahkan. Doakan cikla jugak ye. 

Sumber : Ruangan Catatan Kehamilan.

1 comment:

  1. Banyak tips cikla kongsi mengenai kelahiran :) Siqah save semua dulu, insyallah ada rezeki, boleh digunakan :) Tq cikla :)

    ReplyDelete