Suka gigit kuku?

Ada tak kawan-kawan cikla ni suka gigit kuku? Mengaku ajelah. Hehe. Tapi, memang tak dinafikan ada sesetengah orang mempunyai tabiat pelik ni. 

Jangankan budak-budak, orang dewasa pun ada jugak mempunyai tabiat ni sebab susah nak tinggalkan. 

Sebenarnya, tabiat menggigit kuku boleh beri risiko kepada kesihatan. Jom kita baca apakah kesan itu. 

Kalau korang nak tau, tabiat menggigit kuku boleh mendedahkan kita kepada risiko jangkitan bakteria sebab ada kajian yang mengatakan sifat bakteria yang ada dalam kuku adalah 2 kali lebih banyak dari bakteria yang ada di tangan. Wah, biar betul ni.

Betullah. Apa yang paling merisaukan adalah, walaupun berulang kali kita membasuh tangan tapi bakteria kat kuku tu tetap ada walaupun jumlahnya berkurang sikit berbanding sebelumnya. 

Suka gigit kuku?
Suka gigit kuku? Kredit Google. 

Bayangkanlah, kalau kita menggigit kuku dah tentu bakteria yang ada di kuku akan masuk ke dalam mulut dan terus mengalir ke dalam sistem badan. Maka, terjadilah jangkitan bakteria. Awas ye.

Selain itu, kesan gigitan kuku juga mungkin akan menyebabkan terjadinya jangkitan pada kuku. Biasanya, bila kuku digigit dan tentu wujudnya kesan luka dan melecet pada tempat yang digigit. 

Lepas tu, bakteria pulak akan masuk ke dalam badan melalui luka itu dan bercampur dengan darah. Ini akan mengakibatkan jangkitan pada kuku dan darah. Kesannya, kita akan mudah diserang penyakit.

Kuku jugak akan nampak 'cacat', sebab kalau kita selalu menggigit kuku ia akan mengubah panjang dan bentuk kuku secara kekal. 

Kuku juga akan nampak kurang menarik dan rosak. Biasanya, kalau kita menggigit kuku ia terdorong bila kita tengok ada 'kutil' yang wujud di sekeliling kuku jari. 

Kalau korang nak tau, ia sebenarnya disebabkan jangkitan virus yang disebarkan oleh human papilloma virus (HPV). 

Bila kita gigit kuku, ni secara tak langsung akan menyebabkan virus yang masuk ke dalam badan melalui mulut dan dah tentu tersebar ke bahagian lain badan kita.

Suka gigit kuku?
Suka gigit kuku? Kredit Google.

Lastly, ini adalah kesan yang paling orang tak sedar yang mana amalan menggigit kuku akan menyebabkan gigi cepat longgar, di samping ia akan ubah kedudukan gigi dari kedudukan asalnya. Ia juga boleh menyebabkan jangkitan pada gusi jugak.

So, lepas ni sesiapa yang masih melakukan tabiat ni, berubahlah. Dengan kesan buruk akibat suka gigit kuku ni, dah pasti akan 'mencacatkan' penampilan diri kita terutama ketika berhadapan dengan orang ramai. 

Sumber : Ruangan Tips Sihat.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews