Resepi kombinasi jus buah-buahan.

By Cikla Shahril - May 24, 2016

Menjadikan buah buahan sebagai jus dan diminum sebagai minuman rutin memang bagus, tak kiralah untuk kesihatan mahupun kecantikan. Jom baca apakah resepi kombinasi jus buah buahan yang sememangnya memberi khasiat kepada tubuh.

Resepi kombinasi jus buah-buahan.
Resepi kombinasi jus buah-buahan. Kredit Google 

Mereka adalah;

Lobak merah + Epal + Halia : Ia bagus untuk membersihkan dan boost sistem dalaman badan kita. 

Epal + Timun + Saderi : Membantu dalam mencegah kanser, mengurangkan kolesterol dan menghapuskan sakit perut serta sakit kepala. 

Tomato + Lobak susu + Epal : Dapat meningkatkan kompleksi kulit dan menghapuskan nafas berbau. 

Peria + Epal + Susu : Membantu mengelakkan nafas berbau dan mengurangkan haba dalam badan kita. 

Oren + Halia + Timun : Boleh membantu untuk meningkatkan tekstur kulit serta kelembapan, di samping boleh mengurangkan panas badan. 

Nanas + Epal + Tembikai : Untuk menghilangkan garam berlebihan, membersihkan pundi kencing dan buah pinggang. 

Epal + Timun + Kiwi : Membantu dalam mencerahkan warna kulit. 

Pear + Pisang : Berupaya mengawal kandungan gula. 

Lobak merah + Epal + Pear + Mangga : Boleh membantu meredakan panas badan, nyahtoksik, menurunkan tekanan darah dan melawan pengoksidaan serta awet muda! 

Tembikai susu + Anggur + Tembikai + Susu : Ia kaya dengan vitamin C  dan vitamin B2, dapat meningkatkan aktiviti sel dan menguatkan imuniti badan. 

Betik + Nanas + Susu : Ia kaya dengan vitamin C, E, besi. Membantu mencerahkan warna kulit dan meningkatkan metabolisme tubuh. 

Pisang + Nanas + Susu : Campuran yang kaya dengan vitamin dan sangat berkhasiat dan membantu mengelakkan sembelit.

Apa lagi?  Cubalahlah, bagi yang sedang berdiet atau lebih tepat lagi ia penting untuk kesihatan kita. Sedap tau jus-jus ni semua. Cikla pun nak cuba jugaklah nanti. 

Sumber : WhatsApp group.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. kombinasi yang pasti sedap dan berkhasiat kan cik La :)

    ReplyDelete
  2. A really good sharing cikla. Siqah dah save in pocket :)

    ReplyDelete