Ku sangka ular, rupanyaaaaaa.......

Semalam, balik je dari kampung macam biasalah cikla kemas kemas rumah, termasuklah bilik ayor. Jirus punya jirus air kat lubang salur air tu, cikla nampak macam kepala 'something'. 

Aik, hati dah start berdebar debar dah. Kecut jugaklah perut ni. Huhuhu. Otak memang fikir 'binatang' tu je. 

Maklumlah, sejak sejak ni pun banyak pulak cerita pasal dia. Tu yang takut si 'dia' muncul jugak kat dalam bilik ayor cikla tu.

Memula tu macam nak tunjuk berani jugaklah, cikla jirus jirus air kat 'kepala' tu tapi dia still jugak kat situ. Aiseh, tak boleh jadi ni. 

Apa lagi, cikla menjeritlah panggil encik suami. Kesian dia, tergopoh gopoh dia datang kat dalam bilik air. Cuak dan cemas jugaklah muka dia. Mungkin dia ingat cikla 'kenapa napa' kot. 

Tu yang macam cemas je dia. *siapa tak sayang bini oiii. Hehe. Sorry darling, terpaksa jerit kuat sikit sebab takut kalau betul 'binatang' tu. Kan dah jadi bahaya kalau terlepas kat dalam rumah. Anak anak kecil lagi pulak tu.

Ku sangka ular, rupanyaaaaaa.......
Ku sangka ular, rupanyaaaaaa.......  Hai si katak.... - Image credited to google.

Tengok punya tengok, suami cakap bukan ular. Tapi kepala katak. Katak yang jenis gemuk lembik tu. Eeee, katak ke? Mujur bukan ular. Syukurlah kan. 

Untuk keselamatan, suami cikla jirus kepala katak tu dengan air panas. Bukan apa, kalau sekali tengok bentuk kepalanya memang macam ular. Tu yang cikla agak kepala ular tu. Huhu.

Lagipun, sebelum ni memang pernah ada sekali ular 'tersesat' masuk dalam bilik air, mungkin dia lalu ikut bawah pintu kot. 

Cikla nak pukul sendiri ular tu memang taklah, cikla call pak mertua cikla *masa tu dia sihat kuat lagi balik rumah tolong usirkan ular tu. 

Memang sejak tu rasa macam fobia pulak, nak-nak pulak sekarang ni banyak kes ular masuk rumah sebab cuaca panas kan.

Walau apa pun, korang pun kena sentiasa hati hati tau. Orang tua-tua cakap malang tak berbau. Manalah tau, kita sangka 'binatang' tak bahaya sebenarnya bahaya.

1 comment:

  1. haha..luculah... terbaca post cikla ni... dpt bayangkan.. hmmm encik husband saya suruh kami taburkan serbuk belerang sekeliling rumah untuk elak haiwan bahaya yang merayap masuk ke rumah. maklumlah rumah kami rumah kampung saja bukannya ada tiang. macam2 binatang merayap boleh masuk dalam rumah.
    so, try la tabur serbuk belerang keliling rumah.

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews