Jangan ingat perempuan je pandai merajuk, lelaki pun sama tau. Silap-silap haribulan, lagi teruk merajuknya mengalahkan perempuan tau. Hehe. Puas jugaklah kita pujuk dia, tapi macam tak jalan je. Tapi, jangan risau.
Sebenarnya, dia tu nakkan perhatian je dari kita. Mungkin dia nak tengok macam mana kita 'menghadap' perangai dia macam ni. Sabar ke tidak kita.
Macam tu jugak dengan kita kan, kadang-kadang kita merajuk tu nak tengok kesungguhan dia memujuk kita. Cepat menyerah ke bersungguh sungguh.
Berbalik kepada kisah lelaki merajuk ni, kadang-kadang kita tak 'perasan' pun yang mereka ni merajuk dengan kita. Tengok macam ok je.
Nak tau tanda lelaki merajuk? Baca ni. Kredit Google. |
Tapi, sebenarnya merajuk rupanya. Nak tau tanda lelaki merajuk tak? Jom baca ni.
- Dia buat tak tau je dengan kita. Bayangkanlah kalau kita tengah bercakap dengan dia, dia pulak bersikap macam acuh tak acuh pulak. Lebih teruk lagi, dia buat 'selamba derk' je. Geram jugak kan tapi bersabarlah. Cuba pujuk dan tanya elok-elok. Alah, lama-lama cair jugak. Betul tak?
- Dia diam sejuta bahasa. Duduk dengan kita dalam kereta pun, senyap je sepanjang jalan. Selalu bukan main lagi bercerita itu ini. Ni tak, diam je. Aduh, kita pulak yang naik risau kan.
- Tetiba muka dia masam atau serius. Padahal, sebelum ni, dialah yang paling riuh menyakat kita dan ada je bahan lawaknya. Tapi, ni lain pulak. Muka kalah sarjan misai seriusnya. Kalau bercakap dengan kita pun, yang penting je. Beralahlah kita kan, sekali-sekala apa salahnya.
- Keluar rumah tak bagitau. Tau tau hilang je. Cakap dengan kita pun tak. Tu tanda dia nak protes lah tu. Ish ishhh.
- Yang ni lagi ketara kan. Tetiba dia tutup handphone dia. Konon-konon tak nak diganggulah tu. Takpe takpe, biar dia cool dulu. Nanti baru cerita.
- Makan sorang, tak ajak kita pun. Selalu bukan main lagi, kalau kita tak 'tercongok' sama kat meja makan tu memang tak makanlah dia. Dah dah, jangan layan dia. Biarkan dulu. Lepas dia makan, kita pulak yang makan.
- Baca surat khabar berulang kali tanpa sebab, menunjukkan hatinya tak tenang. Ada hal yang mengganggu hati lelakinya. Cewahhh, lepas tu, kita duduk sebelah dia pun, dia tak hirau pun. Sibuk dengan surat khabar dia tu.
- Tengok tv sampai larut malam. Kadang-kadang bukan cerita yang dia suka pun, tapi boleh pulak dia duduk kat depan tv tu lama lama. Mata memang tengok tv, tapi fikiran dia tak semestinya pada apa yang dia tengok. Korang kena alert tau. Kalau dia bersikap macam tu, memang sahlah merajuk cik abang awak tu. Hihi.
Bagi cikla, apa yang penting kena sentiasa give and take. Tak salah kot nak merajuk tak kira lelaki atau perempuan, tapi janganlah keterlaluan sangat merajuknya.
Bukan apa, kalau orang pujuk-pujuk taknak, pujuk-pujuk taknak, nanti lama-lama dia pulak yang merajuk balik dengan kita. Dah sudah.
Kalau dua-dua merajuk, sapa pulak yang nak pujuk tu.
Sumber : Ruangan Dunia Lelaki.
susah tau nak pujuk lelaki merajuk ni *menangis*
ReplyDeletemeluat la lelaki merajuk
ReplyDeleteHihihi. Kadang-kadang lelaki merajuk ni sebab nak kan perhatian. Yela, asyik perempuan je merajuk. Lelaki pun teringin jugak :D
ReplyDeletekemain manja mengalahkan gadis gadis hakhak
ReplyDelete