Oh si buah Plum!

By Cikla Shahril - May 05, 2016

Korang suka makan buah plum tak? Cikla sukalah jugak buah ni sebab rasanya yang masam masam manis. Hmmmm, sedapnya. Walaupun buah plum ni 'tak sepopular' buah yang lain, tapi sebenarnya buah ni pun tak kurang hebatnya. 

Memang banyak khasiat cik plum ni. Kalau korang nak tau, buah prun tu adalah buah plum yang telah dikeringkan. *jujur memang cikla baru tau yang ni. Hehe.

Cikla nak cerita sikit pasal buah plum ni. Buah ni merupakan sejenis buah drup atau ia mengandungi biji keras di bahagian tengahnya. 

Nama saintifiknya adalah prunus, dan yang banyak di pasaran adalah jenis plum Eropah *prunus domestic dan plum Jepun *prunus salicina.

Oh si buah Plum!
Oh si buah Plum! Kredit Google. 

Apa kelebihan cik plum ni?

Buah ni banyak mengandungi vitamin *vitamin A, C, B1, B2, B3, K, E, dan B-6, asid askorbat dan asid folat serta mineral *flour, fosfor, magnesium, zat besi, kalsium, dan zink

Ia juga buah tinggi serat, rendah kalori dan takde lemak tepu, dan yang terpenting kaya dengan antioksidan

Buah ni boleh dimakan setiap hari sebab ia dapat membantu pencernaan dan menyihatkan usus. Untuk sesiapa yang nak berdiet, makanlah buah plum ni sebab ia kaya serat dan mampu mengurangkan obesiti.

Ada lagi kebaikan buah ni. Kepada orang yang ada diabetes, ia sangat baik untuk mereka sebab ia akan memberikan kesan berupa antihiperglisemia di samping mampu menurunkan kadar glukosa dan meningkatkan trigliserid dalam badan. 

Manakala, zat flavonoid pulak berupaya melindungi kadar insulin dan meningkatkan 'kesensitifan' insulin dalam badan.

Ibu hamil boleh makan tak buah plum ni tak? Boleh je, sebab buah ni banyak mengandungi vitamin dan mineral yang sangat baik untuk mereka sepanjang kehamilan. 

Sebatian yang ada dalam buah ni dikatakan amat baik untuk kesihatan mata, perkembangan tulang dan pembentukan sel janin. Seeloknya, kalau ibu memakan buah plum seeloknya tak payah guna gula sebab kalau kadar gula ibu naik akan menyebabkan bayi menjadi besar.

So, pada yang jarang-jarang dan tak pernah makan si plum ni, jom makan jom. Jadikan buah ni sebahagian dari menu harian kita. Tak rugi pun.

Sumber : Ruangan Khasiat Alami.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. SA suka buah plum ni...memang bagus makan kalau sembelit dan kaya dengan pelbagai khasiat..memang antara buah yang wajib ada dalam fridge

    ReplyDelete